20 Buah Sekolah Pelajar Tingkatan 6 Sertai SEMEGA 2018

ISNIN, 20 OGOS - Seramai 196 pelajar tingkatan 6 terlibat pada Program Selangkah ke Menara Gading (SEMEGA) 2018 yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Sebanyak 20 sekolah terlibat dari 15 daerah iaitu Kota Kinabalu, Beaufort, Keningau, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Marudu, Kuala Penyu, Kudat, Kunak, Membakut, Papar, Penampang, Ranau, Menumbuk dan Beluran.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Ismail Ali berkata, program yang dijalankan itu merupakan satu kejayaan kepada pihak penganjur apabila program tersebut berhasil memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan suasana universiti.

“Ini secara tidak langsung dapat memupuk kecemerlangan pelajar sekolah dari aspek akademik, sahsiah dan disiplin.

“Justeru, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dan diharap agar program sebegini akan terus dianjurkan pada masa akan datang,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakil beliau, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Ahmadi Nordin.

Terdahulu, Pengarah Program SEMEGA 2018, Suzanne Chee Suxian berkata, program itu bertujuan membantu dan mendidik semangat kerjasama antara pelajar melalui aktiviti yang dijalankan yang dilihat mampu memberi impak besar dan berguna kepada para pelajar untuk memperkasa motivasi dalam diri untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Semoga program ini akan menjadi medium yang berterusan khasnya untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara UMS dan pihak sekolah dalam menjalankan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang,” ujar beliau.

Hadir sama Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pusat Kerjaya HEPA, Ag. Nasip Yonos. 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.