Pusat Pemulihan Kecergasan Fizikal UMS Mampu Pacu Pembangunan Atlet

KHAMIS, 30 OGOS – Penubuhan Pusat Pemulihan Kecergasan Fizikal (PFRC) di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menyumbang kepada pembangunan atlet tempatan dan golongan orang kelainan upaya (OKU) melalui program kecergasan fizikal.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof berkata, teknologi memainkan peranan penting dalam sukan pada masa kini, dan dengan adanya PFRC ini para ahli akademik dan penyelidik dari UMS mampu menggunakan kepakaran dalam bidang tertentu untuk menyumbang kepada pembangunan atlet tempatan sekali gus mengukuhkan nama Sabah dalam bidang sukan tanah air.

“Kita mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Sukan namun adalah tidak bermakna sekiranya kita tidak dapat mengaplikasikan kepakaran tersebut bagi manfaat atlet-atlet Sabah.

“Dunia sukan pada masa kini banyak mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam latihan sukan dan sekiranya atlet kita masih mengekalkan kaedah atau teknik  latihan yang lama dikhuatiri atlet-atlet kita tidak dapat memberikan persaingan mengikut tahap atlet antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan PFRC serta melancarkan program ‘Fitness Achiever For Intellectually Disabled’ di Mini Auditorium, FPP baru-baru ini.

Tambah beliau, dengan penglibatan UMS melalui pakar-pakar dari FPP, negeri Sabah mampu mengembalikan kegemilangannya dalam arena sukan yang pernah gah sekitar tahun 1980-an.

Mengulas tentang program ‘Fitness Achiever For Intellectually Disabled’, Prof. Dr. Shahril berkata program itu diharap mampu meningkatkan lagi kemajuan sukan yang membabitkan golongan OKU di negeri ini.

Menurut beliau, ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak OKU memerlukan tahap kesihatan yang baik dan aktiviti senaman mampu membantu perkara tersebut.

“Ini adalah satu lagi bidang yang perlu diberi perhatian, dan sekiranya program yang dikendalikan FPP ini terus berkembang, kita mungkin mampu mewujudkan pusat ini di setiap daerah di Sabah sebagai satu sumbangan terhadap masyarakat di negeri ini,” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Marcus Jopony; Dekan FPP, Prof. Dr. Mohd Dahlan A Malek; dan Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.