Alumni FPEP dan SAS Jalin Kerjasama Pupuk Kesedaran Autisme

JUMAAT, 31 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Autisme Sabah (SAS) telah menandatangani surat niat (LoI) bertujuan menjalin kerjasama dalam aktiviti kebajikan, khususnya ke arah peningkatan kesedaran mengenai autisme dalam kalangan masyarakat di Sabah.

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Profesor Madya Dr. Raman Noordin, inisiatif murni yang dilakukan oleh alumni FPEP dan SAS sangat bermakna dan tepat pada masanya.

“Selari dengan teras penubuhan Persatuan Alumni FPEP iaitu menyediakan saluran bagi graduan UMS kembali ke kampus untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat, hubungan yang terjalin bersama SAS akan memudahkan mereka menyumbang tenaga, kepakaran mahupun sumbangan dana, khususnya dalam menyokong aktiviti yang dianjurkan bersama SAS,” ujarnya.

Pada majlis memeterai LoI tersebut, UMS diwakili Profesor Madya Dr. Raman Noordin manakala SAS diwakili Pengerusi, Puan Jennifer Balanting.

 Turut diumumkan pada majlis tersebut adalah penganjuran program larian amal bertemakan ‘UMS Sunset Autism Run’ yang akan diadakan pada 27 Oktober 2018 di Kampus Induk UMS.

Menurut Jennifer Balanting, selain tujuan penjanaan, program larian tersebut juga akan menlibatkan beberapa aktiviti lain untuk mempromosi kesedaran mengenai autism, jualan makanan oleh pengusaha trak makanan dan pelbagai lagi.

“Saya berharap agar usaha sama antara FPEP, UMS dan SAS dalam penganjuran larian amal ini bukan hanya mendapat kesedaran orang ramai mengenai autism di Sabah tetapi merupakan titik permulaan kepada institusi-institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan dana badan-badan NGO untuk tampil bersama dan memandang serius dalam membantu golongan ini supaya tidak terkecuali daripada peluang untuk mereka menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain,” tambahnya.

SAS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 2018 bermisikan kerjasama erat di antara ahli dan pemegang taruh dalam meningkatkan kualiti hidup individu autisme dan ahli keluarga menerusi program, perkhidmatan, sumber, pengetahuan dan inovasi sosial serta mempromosikan hak dan peluang golongan ini.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.