4,220 Pelajar Ditawarkan Lanjut Pengajian di UMS 

ISNIN, 03 SEPTEMBER - Seramai 4,220 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan Siswa Siswi Baharu Sesi 2018/2019.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, jumlah tersebut merangkumi 2,436 (58%) pelajar dari Sabah, 1,718 (40%) dari  Semenanjung Malaysia dan Sarawak, dan 66 (2%) pelajar antarabangsa.

“Pelajar antarabangsa berasal dari sembilan buah negara, iaitu China (31 orang), Brunei (11 orang), Gabon (1 orang), Jerman (1 orang), Jepun (1 orang), Indonesia (5 orang), Thailand (11 orang), Korea Selatan (3 orang) dan Bangladesh (2 orang).

“UMS turut menawarkan 200 tempat kepada pelajar kurang berkemampuan berdasarkan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan melepasi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan UPU,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika beramah mesra dengan ibu bapa dan pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Kediaman UMS, pagi tadi.

Prof. Datuk Dr. D Kamarudin berkata, terdapat empat program baharu juga ditawarkan pada sesi kemasukan kali ini.

“Program-program ini ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas dengan kepujian (27 pelajar),  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak (55 pelajar), Sarjana Kesihatan Awam (7 pelajar) dan Diploma Kejuruteraan Minyak dan Gas (18 pelajar).

“Pada tahun ini UMS turut menerima kemasukan 21 pelajar daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU),” tambahnya sambil memaklumkan para pelajar istimewa ditempatkan di tingkat bawah Kolej Kediaman Tun Fuad untuk memudahkan pergerakan selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah.

Kesemua pelajar baharu akan menjalani Minggu Suai Mesra (MSM) sehingga 6 September sebelum memulakan kuliah mengikut program masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.