Pelajar Baharu UMS Diminta Manfaat Peluang Sepanjang di Universiti

RABU, 05 SEPTEMBER - Pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) diminta untuk memanfaatkan peluang berada di universiti dengan sepenuhnya sepanjang tiga hingga empat tahun pengajian.

Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Wan Saiful Wan Jan berkata, tawaran melanjutkan pengajian ke universiti merupakan satu peluang yang berharga dan mungkin tidak lagi diperoleh pada masa akan datang.

“Masuk universiti ini merupakan satu langkah yang besar dan merupakan idaman semua pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

“Anda merupakan insan yang bertuah dari ribuan pemohon lain yang tidak berjaya, justeru saya mohon agar para pelajar sekalian tidak mensia-siakan peluang ini,” katanya ketika berucap pelajar sempena majlis ramah mesra bersama 4,229 pelajar baharu UMS di Dewan Canselor pagi tadi.

Menurut Wan Saiful, mahasiswa di bawah Malaysia Baru juga sangat digalakkan untuk menyumbang idea-idea yang boleh membawa ke arah pembangunan negara.

“Malaysia baharu banyak perubahan dan kita memerlukan idea-idea mahasiswa untuk meneruskan legasi akan datang.

“Oleh yang demikian, gunakan kesempatan di universiti untuk beridealogi. Fikir bagaimana untuk majukan diri, keluarga dan negara,” tambahnya.

Wan Saiful juga memaklumkan beberapa kandungan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga akan dipinda dalam tempoh terdekat bagi memudahkan mahasiswa menjalankan aktiviti tanpa sekatan.

“Ia diambil bagi memastikan tidak ada sekatan kepada mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam kepimpinan atau politik yang kelak mematangkan dan menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara.

“Kepelbagaian idealogi seharusnya diraikan dan bukannya dinafikan. Kita harapkan suara mahasiswa boleh menasihati kerajaan yang ada untuk memperbaiki sebarang ruang penambahbaikan,” ujarnya yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hadir sama pada majlis itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin serta Pegawai-pegawai Utama dan kanan universiti.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.