Kontinjen Polis Bantuan UMS Naib Johan Istiadat Perbarisan Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-65 Yang di-Pertua Negeri Sabah

ISNIN, 8 OKTOBER - Kontinjen Polis Bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan kecemerlangan dalam pertandingan kawad sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-65 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah apabila muncul naib johan  bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi dalam acara yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Kontinjen Polis Bantuan UMS yang terdiri daripada seorang Pegawai Kanan, Insp/PB Rakam Singh a/l Karam Singh dan 35 anggota telah bersaing bersama-sama 69 kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi yang melibatkan kira-kira 2500 orang.

Menurut Rakam Singh, kejayaan ini berjaya dilakar hasil persediaan awal yang dilakukan oleh kontinjen tersebut bagi menyertai pertandingan perbarisan ini.

“Pujian harus diberikan kepada semua anggota yang mempamerkan tahap komitmen serta disiplin yang tinggi bagi memastikan kontinjen ini meraih kejayaan sekali gus mengharumkan nama UMS,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan UMS khususnya kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, Pendaftar UMS, No’man Datuk Haji Ahmad serta Ketua Bahagian Keselamatan, Lt. Kol. Abdul Talib Arifin atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan mereka untuk mewakili UMS.

Kejayaan tersebut merupakan kali ketiga berturut-turut  dicapai oleh kontinjen Polis Bantuan UMS, sekali gus menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM1,100.00, piala dan sijil yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Johan bagi kategori acara tersebut telah dimenangi Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala tempat ketiga dimenangi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.