FPP UMS Anjur Program Mentor-Mentee STEM, Pupuk Kemahiran Pemikiran Pelajar

KHAMIS, 15 NOVEMBER - Program Mentor-Mentee Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS)  di SMK Sindumin, Sipitang baru-baru-baru ini mampu memupuk kemahiran berfikir masa depan melalui aktiviti mereka cipta dengan berasaskan konsep STEM.

Program yang melibatkan 13 pelajar  Pascasiswazah Program Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran dengan dibantu enam pelajar prasiswazah FPP berlangsung selama sehari dengan pengisian dua aktiviti STEM di bawah seliaan dan bimbingan sepenuhnya pensyarah kanan FPP, Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah.

Menurut pengarah program, Ramlah Awang Ali, program tersebut membuka ruang kepada pelajar luar bandar untuk berfikir sejauh mana keperluan masyarakat masa hadapan dipenuhi melalui reka cipta yang dihasilkan.

“Mereka dapat mengaitkan ciptaan masa depan sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi, ekonomi, tenaga lestari, teknologi hijau dan tuntutan nilai sejagat.

“Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung mendekatkan UMS sebagai Universiti Awam di Sabah kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, penglibatan pelajar dalam aktiviti yang mencabar minda melalui kerja berpasukan mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menangani permasalahan masa kini dengan kreatif dan inovatif.

Dalam program tersebut, pelajar terlibat dengan aktiviti yang berkisar tentang perkembangan bilik darjah dalam aktiviti STEM pertama, yang menyaksikan para peserta mencipta model sebuah bilik darjah sesuai dengan keperluan masa hadapan, dan hasil ciptaan tersebut dipertandingkan antara setiap kumpulan.

Selain itu, pelajar juga mereka cipta jambatan, mengenal pasti infrastruktur jambatan dan mencadangkan ciri-ciri reka bentuk jambatan yang difikirkan sesuai untuk tahun 2048 bagi aktiviti STEM kedua.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil pengetua SMK Sindumin merangkap Ketua Bidang Sains dan Matematik, Mainah Gintanga.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.