5,003 Graduan Terima Ijazah, Diploma Pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-20

ISNIN, 26 NOVEMBER - Seramai 5,003 graduan terdiri daripada 55 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 603 Ijazah Sarjana; 4,276 Ijazah Sarjana Muda dan 69 Diploma akan menerima jiazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-20 yang berlangsung pada 24 sehingga hari ini. 

Jumlah tersebut turut melibatkan 195 graduan kelas pertama, 146 graduan yang merupakan pelajar antarabangsa, 89 graduan dari kumpulan pelajar B40, 14 graduan kelainan upaya dan dua graduan anumerta (posthumous). 

Berlangsung di Dewan Canselor UMS, acara pengurniaan ijazah akan berlangsung dalam enam sidang, dengan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin akan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah 
Sarjana Muda Doktor Perubatan dan Diploma Kejururawatan pada sidang satu majlis konvokesyen. 

Pada sidang tersebut juga, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar akan menyempurnakan istiadat pemasyhuran dua Pro-Canselor baharu UMS, iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad, Tan Sri Azman Hashim. 

Tan Sri Azman Hashim kemudiannya akan menyempurnakan majlis pengurniaan ijazah pada sidang kedua (hari pertama), manakala Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal akan menyampaikan ijazah kepada para graduan dalam sidang ketiga (hari kedua). 
Pada sidang keempat (hari kedua) dan hari ketiga majlis konvokesyen, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin akan menyempurnakan majlis pengurniaan ijazah bagi sidang lima dan sidang enam. 

Majlis konvokesyen kali ini juga menyaksikan pengurniaan ijazah kepada graduan sulung bagi dua program baharu iaitu Sarjana Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dari Fakulti Komputeran Informatik dan Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa) Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.