59 Graduan Pascasiswazah, Pensyarah UMS Diraikan Pada MAP 2018

ISNIN, 3 DISEMBER – Seramai 59 graduan pascasiswazah termasuk pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) 2018 yang berlangsung di Klagan Regency Ballroom, 1Borneo Hypermall.

Daripada jumlah tersebut, 36 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana merupakan penerima Anugerah Aspirasi Pascasiswazah atas kejayaan mereka melengkapkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, selain 14 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Secara Kerja Kursus Mengikut Program yang dianugerahkan hasil pencalonan daripada fakulti.

Selain itu, tujuh graduan dan dua pensyarah UMS masing-masing menerima anugerah utama pascasiswazah pada malam tersebut.

Mereka ialah Oscar Gordon Wong dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) yang menerima Anugerah Tesis Terbaik (Sarjana) kategori Gugusan Sastera, Mohd. Norfadli Suardi dari Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) bagi Anugerah Tesis Terbaik (Sarjana) kategori Gugusan Sains; Dr. Muhamad Shakir Saad dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) bagi Anugerah Tesis Terbaik (PhD) kategori Gugusan Sastera; Dr. Phan Chin Soon dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) bagi Anugerah Tesis Terbaik (PhD) kategori Gugusan Sains.

Maimunah Tan Wah Ming dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Kerja Kursus; Dr. Imelda Ann Achin dari FKSW bagi Anugerah Pelajar Cemerlang (Secara Penyelidikan) kategori Gugusan Sastera; dan Dr. Mohd. Kamalrulzaman Md Akhir dari FSSA bagi Anugerah Pelajar Cemerlang (Secara Penyelidikan) kategori Gugusan Sains.

Dua pensyarah UMS yang turut menerima anugerah ialah Dr. Humin Jusilin dari FKSW bagi Anugerah Penyelia Terbaik (Gugusan Sastera) dan Prof. Madya Dr, Jumat Sulaiman dari FSSA bagi Anugerah Penyelia Terbaik (Gugusan Sains).

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin,  serta Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS, Prof. Dr. Hajah Arsiah Hj Bahron.

Terdahulu, Prof. Dr. Rasid ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor berkata, para graduan yang menjadi alumni mempunyai peranan penting dalam memastikan UMS terus relevan sebagai pusat pengajian tinggi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat sekitar dan seantero dunia.

“Sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan adalah dengan membawa imej baik UMS di mana jua anda bekerja atau berada.

“Tonjolkan ketajaman minda dan karisma kepimpinan yang selama ini dicungkil dan digilap semasa mengikuti pengajian di UMS,” ujar beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Pusat Luar UMS, Prof. Madya Dr. Stephen Laison Sondoh Jr. dan Timbalan Dekan (Kebajikan Pelajar) Pusat Pengajian Pascasiswazah, Dr. Jakaria Dasan.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.