UPPsiKS UMS Santuni Warga Rumah Anak Yatim Tambunan

SELASA, 4 DISEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) menyantuni warga Rumah Anak Yatim Tambunan melalui penganjuran Program Khidmat Masyarakat di rumah kebajikan tersebut.

Program berbentuk motivasi itu diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta khususnya penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan berkaitan kemahiran mengenali potensi dan bakat diri berdasarkan ciri personaliti masing-masing.

Menurut Ketua UPPsiKS, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari, program tersebut antara lain memberi pendedahan mengenai konsep psikologi dan personaliti kepada peserta dan seterusnya membolehkan para peserta mempraktikkan pengetahuan serta kemahiran tersebut dalam konteks pembelajaran, komunikasi, dan sebagainya.

“Di samping itu, para penyelidik UMS yang terlibat juga berpeluang untuk menjalankan temu bual bersama anak yatim berkaitan konsep kebahagiaan menurut perspektif mereka, dan hasil dapatan yang diperoleh oleh salah seorang kanak-kanak menyatakan bahawa “kebahagiaan terletak pada hati yang tenang dan dapat menggembirakan orang lain seperti dapat menggembirakan adik dan rakan-rakan.”

“Justeru, diharapkan agar lebih banyak program khidmat masyarakat seperti ini dapat diadakan supaya lebih ramai yang akan terdedah dengan personaliti diri dan secara tidak langsung kanak-kanak tersebut dapat mengetahui potensi diri mereka dalam berdepan dengan kehidupan seharian,” ujar beliau.

Program tersebut disertai seramai 20 orang anak-anak yatim yang berusia antara 8 hingga 17 tahun.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.