Sambutan Pesta Krismas UMS 2018 15 Disember Ini

SELASA, 4 DISEMBER – Exco Sukan, Seni Dan Budaya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah sekali lagi akan menjayakan penganjuran Pesta Krismas UMS 2018 yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

Pengarah Program, Yuselley Yuyut berkata, Pesta Krismas UMS yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim siswa-siswi pelbagai kaum dan agama.

“Selain itu, penganjuran Pesta Krismas ini juga dapat meneruskan semangat muhibah sesama warga UMS dan masyarakat luar yang berbilang kaum dan agama bagi mewujudkan suasana kampus harmoni sekali gus mempromosikan keharmonian di dalam kampus UMS,” katanya.

Menurut beliau lagi, pelbagai acara menarik bakal disediakan pada malam tersebut sebagai memeriahkan lagi sambutan Pesta Krismas tahun ini, antaranya cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik, persembahan khas daripada artis tanah air seperti Norlinda Nanuwil (AF2) dan Felix Agus (AF3), selain persembahan seperti tarian kanak-kanak, khoir, okestra, sketsa muzikal dan sebagainya.

“Sambutan Pesta Krismas 2018 juga djijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,” katanya.

Justeru, beliau mengajak orang ramai untuk hadir ke Pesta Krismas UMS kali ini bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Pesta Krismas UMS 2018.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan urus setia program di talian 012-8812248 (Devra Alviana Dosip) atau mengikuti akaun rasmi Facebook di laman web http://fb.com/pestakrismasharmoni dan akaun rasmi Instagram di https://www.instagram.com/pestakrismas2018?r=nametag.

Harga tiket adalah RM6 (bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA, dan IPTS) dan RM10 (awam) serta percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.