Lebih 100 Orang Jayakan CSR Anjuran Pejabat Canselori   

RABU, 05 DISEMBER – Lebih 100 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Khidmat Komuniti Sosial anjuran Pejabat Canselori baru-baru ini.

Ketua Pejabat Canselori, Stella @ Nurul Martini Gontol berkata, program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu melibatkan aktiviti mengecat semula ruang tangga awam di hadapan Bangunan Canselori UMS.

“Program ini merupakan kerjasama dengan UMS Investment Holdings Sdn. Bhd., Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Bahagian Keselamatan, Teamcons Resources Sdn. Bhd., Atikah Enterprise (Kinabalu) Sdn. Bhd., serta para pelajar Bakti Siswa (Seksyen 6) UMS.

“Penganjurannya sekali gus membuktikan bahawa warga UMS sentiasa komited untuk menyumbang bakti kepada universiti walaupun ia diadakan pada hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas sebelum acara tersebut bermula.  

Stella berkata, selain  menyiapkan kerja-kerja mengecat kawasan tangga awam berkenaan, program itu juga sangat bertepatan dalam mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin sesama warga UMS.

“Untuk membuat program tanggungjawab sosial, tidak semestinya kita perlu ke kawasan tertentu di luar, sebenarnya kita juga boleh mengadakan program seumpama itu di dalam kampus seperti yang kita jalankan hari ini.

“Dalam masa yang sama program ini juga dilihat  mampu memupuk semangat cintakan universiti dalam kalangan warga UMS serta menjadikan tanggungjawab menjaga keceriaan dan kebersihan UMS sebagai tanggungjawab bersama,” tambahnya sambil memaklumkan tangga yang tampak unik dan menarik selepas dicat itu berpotensi untuk menjadi daya penarik para pelancong terus berkunjung ke UMS.

Hadir sama pada program tersebut, Ketua Bahagian Audit Dalam, Sabarudin Ramli, kakitangan daripada Jabatan Bendahari, Bahagian Audit Dalam dan Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global.

 

Sumber: Nazry Bidin

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.