112 Staf FSSA Jayakan Team Building

JUMAAT, 27 DISEMBER - Seramai 112 kakitangan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah menjayakan aktiviti Team Building FSSA yang bertempat di Foyer Kompleks Perhutanan, FSSA baru-baru ini.

Dekan FSSA, Prof Dr. Baba Musta ketika berucap pada program tersebut mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbiran fakulti serta kakitangan yang hadir menjayakan aktiviti tersebut.

“Penganjuran program team building mampu memupuk hubungan yang lebih kukuh di antara kakitangan tanpa mengira gred dan skim jawatan yang disandang.

“Ini sekali gus dapat merangsang naluri bekerjasama dan bermotivasi dalam diri peserta dan akhirnya mewujudkan suasana harmoni dalam sesebuah pasukan mahupun organisasi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Kebajikan FSSA, Prof. Madya Dr. Colin Glen Joseph turut berpendapat aktiviti team building mampu memberi manfaat serta impak yang besar kepada setiap kakitangan.

“Program sebegini memberi peluang kepada kita sesama kakitangan fakulti yang berlainan kompleks untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa dan diteruskan pada tahun hadapan,” ujar beliau.

Aktiviti yang dijalankan selama sehari itu dimulakan dengan slot senamrobik pada sebelah pagi dan kemudian diikuti oleh  aktiviti sukan indoor sehingga petang.

Kemuncak aktiviti adalah penyampaian hadiah bagi Pasukan Terbaik Keseluruhan Team Building FSSA 2018 yang dimenangi oleh Pasukan Oren diketuai oleh Dr. Darmesah Gabda, serta hadiah sampingan lain seperti pemenang setiap aktiviti dan cabutan tiket bertuah bagi kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik.

Sumber : Kenny Uwai, FSSA

              Mohd Redzuan Abdullah (Photo)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.