UMS Meterai Perjanjian Kerjasama Dengan Universitas Yarsi, Indonesia

JUMAAT, 28 DISEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memeterai satu perjanjian kerjasama berkaitan bidang penyelidikan dan akademik bersama Universitas Yarsi, Indonesia.

Perjanjian tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di Galeri Majlis, kelmarin.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof mewakili Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin menandatangani dokumen MoU tersebut, manakala Universitas Yarsi diwakili oleh Rektornya, Prof. Dr. Susi Endrini.

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan menjalinkan kolaborasi dalam bidang penyelidikan, yang meliputi pelaksanaan penyelidikan secara bersama, pertukaran penyelidik dan penganjuran bengkel, seminar atau persidangan secara bersama.

Kedua-dua universiti juga akan berkolaborasi dalam bidang akademik, yang meliputi penganjuran program jangka pendek, latihan profesional, program antarabangsa atau aktiviti-aktiviti akademik yang relevan, pertukaran ahli akademik sama ada sebagai pensyarah jemputan atau pemeriksa tesis pelajar, dan pertukaran pelajar sama ada melalui penyertaan syarahan, menjalani latihan atau pelaksanaan projek tahun akhir.

Terdahulu, Prof. Dr. Susi ketika berucap pada majlis tersebut berkata dalam era Revolusi Industri 4.0, institusi pendidikan perlu bergantung kepada jalinan kerjasama dengan universiti atau agensi lain untuk mencapai kemajuan.

“Untuk itu, pihak kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan UMS, dan kami melihat pelbagai bidang yang berpotensi untuk jalinan kerjasama seperti bidang bioperubatan, dan Universitas Yarsi sememangnya sedang giat menjalankan pencarian sumber-sumber perubatan baru.

“ Salah satu sumber perubatan yang masih kurang diterokai adalah sumber yang berasal dari alam marin, justeru saya melihat Universitas Yarsi dan UMS mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dalam penyelidikan berkaitan sumber marin,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pemangku Pendaftar UMS, Aidah Noordin dan Pengarah Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS, Dr. Zarina Amin.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.