Kerjasama UMS-HSS Engineers Manfaat Staf Dan Pelajar FKJ UMS

SELASA, 8 JANUARI – Kerjasama yang dijalin antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan HSS Engineering Berhad mampu memberi manfaat besar kepada kakitangan dan siswa-siswi Fakulti Kejuruteraan (FKJ) di UMS.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, ini kerana kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut bakal menyaksikan penubuhan sebuah pejabat “Teaching Consultant”dengan konsepnya melibatkan pelajar FKJ akan melaksanakan kerja reka bentuk projek sebenar di bawah penyeliaan kakitangan HSS Engineers.

“Selain itu, kakitangan FKJ khususnya ahli akademik juga mampu memanfaatkan kerjasama melalui penempatan industri di pejabat HSS Engineers Berhad bagi membolehkan mereka mematuhi keperluan untuk menjadi jurutera profesional yang sangat penting dalam proses akreditasi.

“Pada ketika ini, Engineering Accreditation Council Malaysia meletakkan syarat untuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga jurutera profesional dalam setiap program kejuruteraan yang ditawarkan di fakulti, dan UMS sememangnya telah mematuhi syarat tersebut serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah jurutera profesional,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan HSS Engineering Berhad di Galeri Majlis, UMS pagi tadi.

Katanya lagi, kerjasama bersama HSS Engineering yang merupakan sebuah organisasi korporat yang besar dalam industri pembinaan infrastruktur adalah selari dengan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UMS berkaitan “Menyumbang kepada Pembangunan Negeri dan Negara”.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif yang juga merupakan pengasas bersama HSS Engineers Berhad, Tan Sri Ir. Kunasingam A/L V Sittampalam berkata, pemeteraian MoU antara kedua-dua pihak ini membuka jalan untuk kerjasama berterusan dalam bidang kejuruteraan dengan memfokuskan terhadap pendidikan dan projek dengan memanfaatkan kekuatan sumber serta kepakaran masing-masing.

“Ini membolehkan kami mencapai sasaran dalam meningkatkan kemahiran kumpulan graduan atau kakitangan yang berpotensi dalam membantu memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di Sabah,” katanya.

Pada majlis tersebut, Prof. Dr. Shahril Yusof mewakili UMS menandatangani dokumen MoU tersebut, manakala HSS Engineers Berhad diwakili Tan Sri Ir. Kunasingam.

Turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kedua-dua pihak Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, K Y Mustafa; Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HSS Engineers Berhad, Dato’ Ir. Nitchianathan A/L Balasubramaniam; Pemangku Pendaftar UMS, Aidan Noordin; dan Dekan FKJ, Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa.

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.