Malam Apresiasi FPEP UMS Medan Iktiraf Kecemerlangan, Subur Keceriaan Kakitangan

ISNIN, 28 JANUARI – Penganjuran Malam Apresiasi Tahunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menjadi medan dalam memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang unggul dalam pelbagai kriteria perkhidmatan.

Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan satu inisiatif terbaik sebagai pemangkin kecemerlangan kakitangan secara berterusan.

“Anugerah-anugerah yang disampaikan mampu memberi kepuasan kepada kakitangan yang terpilih, sekali gus meningkatkan lagi inovasi kakitangan FPEP.

“Selain memberi pengiktirafan kepada kakitangan cemerlang dalam pelbagai bidang dan sumbangan, malam apresiasi juga mampu memperkukuhkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan kakitangan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis yang diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Timbalan Pendaftar UMS, Sarlona J. Gindug, melahirkan rasa kekaguman beliau atas semangat kekeluargaan yang begitu tinggi dalam kalangan kakitangan FPEP yang hadir.

“Saya percaya bahawa suasana keceriaan dalam majlis ini adalah cerminan kepada hubungan rapat dan permuafakatan tinggi dalam kalangan kakitangan FPEP sewaktu masa bekerja,” katanya.

Senada dengan beliau Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS, Dr. Jakaria Dasan yang berpendapat Majlis Malam Apresiasi FPEP ini wajar menjadi ikutan fakulti lain di UMS ke arah merealisasikan gesaan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin yang sangat mengutamakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan darjah kegembiraan yang tinggi di tempat kerja.

“Keadaan ini semestinya akan menjadikan warga kerja FPEP sentiasa berasa seronok dan dapat melakukan tugasan kerja dengan berkesan,” katanya.  

Salah seorang pensyarah paling senior di FPEP, Prof. Datuk Dr. Kasim Md Mansur pula percaya bahawa warga FPEP yang menggabungkan pensyarah lama dan muda mampu menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan FPEP khasnya dan UMS amnya.

“Apa yang penting adalah pensyarah yang lebih berpengalaman ini sentiasa bersedia memberi bimbingan kepada pensyarah muda manakala pensyarah muda pula perlu sentiasa mendekati pensyarah lama yang ada.

“Kombinasi kedua-dua kumpulan pensyarah ini penting dalam menghasilkan kualiti pengajaran dan penyelidikan yang terbaik,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, hampir 100 kakitangan dan jemputan FPEP memeriahkan majlis dengan pelbagai sesi persembahan termasuk peragaan pakaian bertemakan karektor dalam filem.

Pensyarah kanan FPEP, Dr Lim Thien Sang yang mengenakan pakaian The Minion muncul sebagai peserta paling berkarektor lelaki, manakala salah seorang kakitangan FPEP, Zuraidah Jamrin yang berpakaian The Witch dipilih sebagai pemenang bagi kategori wanita.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan acara persembahan lagu khas dalam kalangan kakitangan FPEP, yang menyaksikan Dr. Rini Suryati Sulong dipilih sebagai Pemenang Kategori Bakat Terpendam Wanita, dan Mat Salleh Ayub memenangi kategori Bakat Terpendam Lelaki, selain Azmi Abd Majid yang turut dinobatkan sebagai kakitangan paling ceria.

Bagi acara pengiktirafan anugerah, antara pemenang anugerah pada malam tersebut adalah Dr. Janice Nga (Penyelidik Terbaik), Prof. Madya Dr. Wong Hock Tsen (Penerbitan Jurnal), Prof. Dr. Rasid Hj Mail (Penerbitan Buku), Dr. Tini Maizura Mohtar (Akademik Gemilang), Mohd Allif Anwar Abu Bakar (Pensyarah Harapan) dan  Wijaya Kamal Ramlan (Anugerah Khas Staf Akademik) bagi kategori kakitangan akademik.

Manakala bagi kakitangan bukan akademik pula, pemenang anugerah antaranya Christie Nilus (Anugerah Persona), Siti Nur Fatihah John Abdullah (Pemimpin Harapan), Ujin Matjin (Staf Komited dan Anugerah Khas Dekan), Ak Hazrin Pg Apong (Staf Kreatif), dan Azimah Mahmud (Staf Contoh).

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.