Prof. Dr. Klaus F. Zimmermann Kupas Isu Cabaran Dan Manfaat Dalam Sumber Manusia Global

RABU, 13 MAC - Cabaran utama sumber manusia global dalam sedekad yang akan datang antaranya merangkumi pembangunan pantas dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan dan penguncupan penduduk, perubahan iklim dan migrasi.

Demikian menurut Presiden Global Labor Organization (GLO), Prof. Dr Klaus F. Zimmerman dalam ucaptamanya sempena Seminar on  the Global Labour Economics: Challenges and Benefits anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung di Dewan Resital UMS.

Katanya, polisi yang memudahkan migran bergerak dengan bebas di antara negara asal dan negara penerima adalah kaedah terbaik untuk mengelakkan keputusan pasaran buruh dan kesan sosial yang kurang menyenangkan yang dikaitkan dengan imigrasi yang terhad.

“Bagi negara Malaysia, saya berpendapat negara ini boleh memacu pertumbuhan atau pembangunan yang lebih baik melalui pembukaan sempadannya.

“Malaysia seharusnya lebih terbuka dengan memberi peluang orang luar untuk masuk dan membawa masuk pelaburan ke dalam negara, selain turut harus memberi peluang kepada rakyat sendiri untuk mencari peluang kerja yang lebih meluas di luar negara,” katanya.

Tambah Prof. Dr. Klaus, mempunyai sempadan yang lebih terbuka akan meluaskan lagi pengetahuan kepada rakyat di Malaysia dan ini adalah sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara.

Beliau turut memuji usaha FPEP menganjurkan seminar sehari itu yang padanya akan memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar tentang kaedah menghadapi cabaran ekonomi sumber manusia di peringkat global.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam ucapannya pada majlis tersebut berkata, Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mampu membawa negara mencapai status negara maju.

Untuk itu katanya, tenaga kerja yang dihasilkan perlu berpengetahuan, kreatif dan berkemahiran.

“Malaysia merupakan salah satu destinasi pilihan bagi pelaburan langsung asing (FDI) kerana mempunyai tenaga buruh yang ramai dan murah, dan ciri-ciri ini menarik pelabur asing untuk membina kilang-kilang mereka di Malaysia.

“Namun pada akhirnya ciri-ciri bagi tenaga kerja ini perlu berubah bagi memastikan Malaysia yang pada ketika ini masih berada pada paras tenaga kerja berpendapatan sederhana untuk mencapai status berpendapatan tinggi,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail.

Menurut Prof. Datuk Dr. D Kamarudin, atas fenomena ini UMS telah mengusahakan agar setiap graduannya lebih kreatif dan kompetitif dalam pasaran kerja, selari dengan visi universiti untuk mengangkat graduan UMS di arena global.

Hampir 500 warga UMS terdiri daripada warga kakitangan dan pelajar UMS serta kakitangan dari agensi kerajaan menghadiri seminar sehari tersebut.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.