UMS Tandatangan MoA dan MoU Bersama JKNS dan Health4U Solution

RABU, 13 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Health4U Solution Sdn Bhd.

UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, manakala  JKNS diwakili Pengarah Kesihatan Datuk Dr Christina Rundi, sementara Health4U Solution Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chevy Beh.

Berlangsung di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin dalam ucapannya memaklumkan, MoA yang ditandatangani itu merupakan lanjutan tujuh tahun lagi bagi program doktor perubatan dan pascasiswazah.

“Bagi diploma kejururawatan, ia melibatkan pelanjutan lima tahun untuk menjalani latihan klinik, dan menjalankan aktiviti penyelidikan bagi pelajar pascasiswazah program sarjana kesihatan awam dan doktor kesihatan awam.

“Sementara itu, MoU yang telah ditandatangani bersama Health4U berperanan sebagai sebuah syarikat membangunkan BookDoc, aplikasi menggunakan telefon mudah alih sebagai platform menghubungkan pesakit dengan penyedia penjagaan kesihatan seperti hospital dan klinik,” katanya.

Majlis menandatangani MoA dan MoU itu turut disaksikan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Datuk Stephen kemudiannya turut melancarkan Hospital UMS Information System pada majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa dan Pegawai-pegawai Utama UMS.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.