UMS Disaran Jalin Kerjasama Dengan ILMAN Bagi Latih Individu Berkelayakan Kendali Mahkamah Anak Negeri

RABU, 3 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Kajian Peribumi Borneo (BORIIS) disaran bekerjasama dengan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) bagi melatih individu untuk mengendalikan Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

Menurut Ketua Hakim Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, usaha itu penting kerana pada ketika ini masih belum ada peguam yang berlatarbelakangkan undang-undang sebaliknya hanya bergantung kepada pengalaman dan sokongan politik semata-mata.

“Pada masa ini masih belum ada garis panduan berkaitan pelantikan ketua daerah atau ketua anak negeri, sesiapa sahaja boleh dilantik asalkan mendapat sokongan politik, dan ini adalah tidak munasabah.

“Justeru, saya berharap agar mereka yang dilantik ini adalah individu yang betul-betul berkelayakan dan telah mendapat latihan sewajarnya agar mereka mampu menggalas tugas menghakimi dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk ‘Native Culture and Customary Rights: The Need To Keep Them Alive' di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Canselor UMS.

Sehubungan itu, beliau berharap BORIIS sebagai institut yang menjalankan penyelidikan dan laporan berkaitan orang asal dapat mengeluarkan sijil kelayakan bagi membolehkan mereka dilantik menjadi hakim selepas tamat latihan, sekali gus membolehkan BORIIS memelihara hak-hak penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak yang dipengaruhi keadaan alam sekitar.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa menjelaskan BORIIS ditubuhkan pada Januari 2019 bagi membantu usaha penyelidikan berkaitan budaya dan bahasa peribumi yang telah ditetapkan menjadi salah satu bidang tumpuan penyelidikan UMS.

Hadir sama pada majlis tersebut mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah; Peguam Negeri Sabah Datuk Zaleha Rose Pandin, dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.