UMS Lawat I-Shou University, Perkasa Kerjasama Antarabangsa

KHAMIS, 4 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkasakan lagi hubungan antarabangsa dengan mengadakan lawatan ke I-Shou University (ISU), Kaohsiung Taiwan.

Penolong Naib Canselor merangkap Ketua delegasi UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony berkata, lawatan itu antara lain bagi melihat ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua universiti seiring dengan hasrat UMS untuk mempunyai keterlihatan di peringkat global.

"I-Shou University merupakan sebuah universiti swasta yang antara lain memfokuskan bidang perniagaan antarabangsa, perubatan,  hospitaliti, pelancongan dan  kejuruteraan.

"Universiti yang mempunyai lebih 17,000 pelajar ini membawa konsep industri dalam kampus dan mempunyai hubungan strategik dengan lebih dari 350 syarikat industri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Prof. Dr. Marcus yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat  (PPSKK) berkata, secara dasarnya pertemuan itu menyaksikan kedua belah pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama termasuk dalam perkara yang berkaitan program mobiliti pelajar dan kakitangan.

"Ia disambut baik oleh ISU, dan mereka sangat mengalu-alukan kerjasama tersebut.

"Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1986 ini juga mempunyai persamaan dengan UMS iaitu universiti  yang berkonsepkan kampus hijau.

"Kita harapkan usaha ini dipermudahkan dan segala urusan bagi merealisasikan kerjasama ini akan berjalan lancar," jelasnya lagi.

Pertemuan itu telah dihadiri Naib Presiden Kanan dan  Provos ISU, Prof. Dr. Julia Lin; Dekan Kolej Antarabangsa ISU, Prof. Dr. T. K. Pheng;  Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof. Dr. Ho Chong Mun; dan Timbalan Pengarah PPSKK UMS, Dr. Jakaria Dasan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.