KKTM Anjur Karnival Hari Belia UMS

KHAMIS, 4 APRIL - Exco Keselamatan bersama Exco Sukan dan Rekreasi dan Exco Kebajikan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Karnival Hari Belia UMS di Padang Kawad UMS, baru-baru ini.

Pengarah Karnival Hari Belia UMS, Mohd Zuhairy Mohd Zaidy berkata, program itu bertujuan untuk memberi input kepada para pelajar mengenai aspek-aspek keselamatan dan kesihatan semasa serta memperkasa mental dan fizikal bagi melahirkan suasana proaktif kepada pelajar-pelajar UMS.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Pengetua KKTM, Dr. Badariah Saibeh.

Dr. Badariah berkata belia merupakan warga yang membentuk dan menjadi penerus masa depan.

“Kalau bukan belia sendiri yang tidak memainkan peranan dalam menjaga kesejahteraan, jadi siapa lagi yang nak diharapkan untuk menjadi penerus generasi,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden MPP UMS, Mohd Jivean Johan Wira bin Ahmad berkata, residen KKTM merupakan sebahagian daripada golongan belia yang sangat penting dalam membentuk keharmonian.

“Saya rasa bangga kerana masih ada lagi golongan belia yang sayangkan warga sejagat dengan meneruskan legasi kemakmuran melalui penganjuran program berkaitan belia. Tahniah kepada KKTM kerana berjaya menganjurkan program ini,” tambahnya.

Kira-kira 41 pasukan serta 50 individu yang terdiri daripada pelajar dan orang awam menyertai pertandingan yang diadakan dalam program ini.

Pelbagai acara telah diadakan sempena Karnival Hari Belia UMS antaranya e-sports, Bola Sepak 9 Sebelah, Muscle Mania, pertandingan larian 4x100m, Kempen Derma Darah dan Forum Keselamatan.

Selain itu, karaoke terbuka, busking dan pelbagai gerai jualan turut dianjurkan.

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.