Karnival Kesihatan Mahasiswa Usaha Awal Pendedahan Kepentingan Penjagaan Kesihatan Diri

KHAMIS, 4 APRIL - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah menjayakan Karnival Kesihatan Mahasiswa yang berlangsung di Kafe Kolej Kediaman Excellent UMS baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan daripada FPSK, karnival ini diadakan sebagai satu platform untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.

“Penganjuran karnival yang turut terbuka kepada orang awam juga adalah satu medium terbaik dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para siswa-siswi UMS serta masyarakat luar,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival tersebut dijalankan, antaranya pameran dan demonstrasi CPR dan pertolongan cemas, sesi derma darah serta gerai-gerai dari kelab-kelab di UMS serta dari badan bukan kerajaan (NGO).

Turut diadakan satu ceramah pendidikan yang disampaikan oleh pensyarah UMS, Dr. Loo Jiann Lin yang juga merupakan seorang pakar psikiatri.

Dalam ceramahnya, beliau berkongsi tentang kesihatan mental manusia dan menyatakan bahawa Malaysia sahaja mempunyai kadar masalah kesihatan mental yang tinggi dan kini mungkin sedang meningkat.

Hadir sama pada karnival tersebut Timbalan Dekan FPSK, Dr. Yeap Boon Tat; Penolong Pendaftar Kanan UMS, Matusup Hj Rasid; Felo Kolej Kediaman Excellent, Zulbaitul Eza Othman; dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Syakur Maming.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.