Program Sehari Bersama LHDN Wujudkan Kesedaran Bayaran Cukai

JUMAAT, 5 APRIL - Program Sehari Bersama LHDN anjuran Jabatan Bendahari dan Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi kesedaran kepada warga universiti berkaitan pembayaran cukai.

Menurut Bendahari UMS Zallifah Shadan, penganjuran program tersebut sangat signifikan dengan tanggungjawab warga universiti sebagai individu untuk melaporkan pendapatan dan seterusnya membayar cukai wajib bayar kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Program ini telah menjadi aktiviti tahunan di UMS sejak tahun 2017 lagi. Perkongsian ilmu melalui sesi ceramah oleh pihak LHDN amat membantu meningkatkan kefahaman berkaitan isu percukaian individu.

“Selain daripada itu, kaunter perkhidmatan pelanggan juga yang terdapat pada program ini memudahkan warga UMS untuk berurusan terus dengan pegawai LHDN berkenaan urusan cukai,"katanya.

Tambah beliau, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mengetahui kelebihan membayar cukai agar kutipan tersebut dapat dipulangkan kepada negara dalam bentuk pembangunan dan penyediaan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

"Hampir 70 peratus daripada pendapatan negara adalah daripada hasil kutipan cukai. Cukai yang dikutip oleh kerajaan akan digunakan untuk tujuan keselamatan negara dan pembangunan fizikal serta infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah dan lain-lain lagi," jelasnya ketika merasmikan program berkenaan.

Pada program tersebut, terdapat sesi ceramah berkenaan e-filling, Skim Persaraan dan Program Pengakuan Sukarela yang disampaikan oleh pegawai LHDN, Munirah Ahmad.

Turut hadir, Ketua Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar UMS, Mohd Raffie Hj. Janau.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.