Pelajar Perubatan UMS Anjur Program Promosi Kesihatan Dekati Masyarakat Kampung Kituau, Penampang

JUMAAT, 5 APRIL - Pelajar perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mendekati masyarakat Kampung Kituau, Penampang melalui penganjuran program promosi kesihatan H.O.P.E. Project yang diadakan bermula 5 hingga 8 April ini.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FPSK UMS, Dr Yeap Boon Tat, berkata, H.O.P.E. Project yang diilhamkan daripada singkatan perkataan Inggeris iaitu Kesihatan (Health), Kekayaan (Opulence), Orang (People) dan Pendidikan (Education) diadakan bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk kampung.

H.O.P.E. Project merupakan satu program baru dan unik yang bertindak sebagai satu platform untuk menjalinkan hubungan persahabatan dan memperkukuh kemahiran dalam bidang klinikal para siswa.

“Saya berharap agar pelajar-pelajar perubatan yang terlibat dapat menggunakan masa dengan sebaiknya bagi menabur bakti kepada penduduk setempat, dan diharapkan ilmu  kesihatan yang disampaikan oleh para pelajar ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh para penduduk kampung tersebut,” kata Dr Yeap.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena pelancaran program tersebut di FPSK UMS.

Tambah beliau, seramai 56 orang siswa-siswi termasuk pelajar dari beberapa  universiti terkemuka di Malaysia telah  melibatkan diri di dalam program ini.

“Selain pelajar UMS, terdapat pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Monash, Universiti UCSI, Universiti MAHSA, dan Universiti Newcastle terlibat dalam program ini, selain 11 pelajar perubatan dari Zunyi Medical University dari daerah Guizhou, China yang turut bersama menjayakan H.O.P.E. Project.

“Saya bagi pihak Dekan FPSK, Prof Dr Mohd Safferee Jefree, amat berterima kasih kepada Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D.Kamaruddin D.Mudin kerana telah memberi peluang kepada AMSA FPSK untuk menjayakan program yang murni ini, dan diharapkan agar pihak tertinggi UMS akan sentiasa menyokong aktiviti sosial dan kemasyarakatan pelajar-pelajar perubatan FPSK UMS,” ujar beliau.

Selain Kampung Kituau, H.O.P.E. Project akan diadakan di beberapa lokasi sekitar Penampang seperti Tamu Donggongon, Sekolah Kebangsaan St. Aloysius Limbanak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak, dengan aktiviti yang diadakan sepanjang empat hari program tersebut antara lain adalah saringan kesihatan, ceramah-ceramah kesihatan dan pendidikan kesihatan seks.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.