UMS bersama Skuad AADK Jayakan Kempen Roadtour 7 Perhentian

KHAMIS, 18 APRIL - Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Kinabalu mengakhiri Kempen Roadtour 7 Perhentian baru-baru ini di Kampung Unggun Jaya, Sepanggar.

Program itu yang bermula pada pertengahan bulan Februari 2019 telah berjaya menjejaki 7 buah kampung yang mempunyai kadar jenayah penagih dadah yang tinggi.

Majlis Perasmian Penutupan Program Roadtour 7 Perhentian Skuad di Kampung Unggun Jaya telah disempurnakan Pegawai Kemajuan Masyarakat Negeri Sabah, Aldrine Wahdi mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Hj Jamman.

Dalam ucapannya Aldrine melahirkan rasa bimbang terhadap kes-kes penyalahgunaan dan penagihan dadah yang kian meruncing.

“Setiap hari, kita ada terbaca di dada akhbar dan berita yang melibatkan penyalahgunaan dadah yang mana dalam kalangan mereka ini sanggup mencuri, merompak dan membunuh disebabkan tidak dapat mengawal emosi.

“Sehubungan itu, usaha yang dijalankan Skuad AADK Kota Kinabalu serta semua yang terlibat sangat terpuji, syabas saya ucapkan kerana sanggup menggalas tanggungjawab berat untuk mengadakan kempen kesedaran antidadah.

“Tanggungjawab ini seharusnya dilihat sebagai satu platform kepada masyarakat khasnya belia dalam mengembalikan fungsi dan peranan komuniti yang begitu besar dalam menyumbang kejayaan menjadikan Malaysia khasnya Sabah bebas dadah,” kata beliau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Yeap Boon Tat; Ikon AADK Negeri Sabah, Prof Madya Dr. Nazri Daud; President PERTAFA, Datin Seri Nolly Zai Datuk Ag Sham serta Pelajar–pelajar Perubatan dan KejururawatanUMS (MEDSTAS dan NUSA).

Sementara itu, Pengerusi Skuad AADK Kota Kinabalu Afendih Ambrih berkata, sepanjang dua bulan Roadtour ini berlangsung sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada kalangan penduduk kampung khususnya golongan belia.

“Diharapkan kesedaran tentang dadah ini dapat diterapkan secara terus menerus dengan meluas,” ujarnya.

Dr Yeap pula memaklumkan, UMS melalui FPSK akan sentiasa menyokong inisiatif yang dijalankan Skuad AADK Kota Kinabalu bagi membantu menambahkan kesedaran bahaya najis dadah.

“Kebanyakan belia cenderung mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, sehingga terjebak kepada penyalahgunaan dadah walau pun pada awalnya sekadar ingin cuba-cuba.

“Mereka sebenarnya kurang pegetahuan tentang pelbagai kesan sampingan akibat pengambilan musuh nombor satu negara yang boleh membawa maut selain meruntuhkan akhlak,” ujarnya yang juga adalah seorang pakar bius.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut, antaranya pemeriksaan tekanan darah dan berat badan, sukaneka dan cabutan bertuah serta demonstrasi mencegah kebakaran oleh pihak Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu.

Turut diadakan taklimat tentang bahaya dadah daripada AADK Kota Kinabalu, Hafizan daerah. Kira-kira 150 penduduk kampung Unggun Jaya hadir menjayakan program tersebut.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.