Liga Bolasepak Piala Dekan FPEP: Kelab HE05 Unggul Selaku Juara

ISNIN, 22 APRIL - Pasukan bola sepak Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (HE05) berjaya menjuarai Liga Bola Sepak Piala Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 2019 yang berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Perlawanan sengit peringkat akhir menyaksikan pasukan Kelab HE05 terikat 1-1 dengan pasukan Kelab Perakaunan (HE02) sehingga tamat masa tambahan permainan.

Kedua-dua pasukan terpaksa membuat penentuan kemenangan melalui sepakan penalti yang berpihak kepada pasukan Kelab HE05 dengan keputusan 5-4 sekali gus mengecewakan kesebelasan utama pasukan HE02 yang akur sebagai naib juara.

Menurut kenyataan FPEP, kejohanan liga bola sepak itu merupakan anjuran bagi edisi yang keempat sejak 2016.

“Dalam tempoh tersebut, ramai bakat-bakat bola sepak dalam kalangan mahasiswa FPEP berjaya dicungkil dan penganjurannya amat wajar sebagai platform terbaik menyediakan barisan pemain yang bagi mewakili fakulti pada kejohanan bolasepak di peringkat yang lebih tinggi.

“Sebanyak sepuluh pasukan dari kelab di bawah FPEP yang bersaing merebut kejuaraan berprestij berkenaan,” demikian menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan hampir 500 penyokong hadir menyokong kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir.

Selaku juara, Pasukan HE05 menerima Piala Liga Bolasepak, medal serta wang tunai RM700, HE02 menerima medal dan wang tunai RM500, manakala pasukan Kelab Ekonomi Sumber Manusia (HE11) di tempat ketiga dan menerima medal serta wang tunai RM300.

Dalam pada itu, pasukan wanita HE05 turut mengikut langkah kanan pasukan lelakinya apabila muncul juara dalam Liga Futsal Piala Timbalan Dekan sekali gus meraih hadiah berupa piala liga, medal dan wang tunai RM500.

Dengan hadiah berbentuk medal dan wang tunai RM300, naib juara disandang pasukan kelab Keusahawanan (HE04), manakala pasukan Kelab Pengurusan Perhotelan (HE08) muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan menerima medal dan wang tunai RM150.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Turut diadakan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan penaja yang disertai sebahagian kakitangan FPEP menentang Persatuan Pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (PMPEP) yang berakhir dengan pasukan penaja menang 4-1.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.