UMS Tubuh Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan, Tingkat Kualiti Graduan

ISNIN, 22 APRIL:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) menubuhkan Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan UMS bagi membuka peluang dan ruang kepada pihak industri, para usahawan, pakar dan ahli akademik bekerjasama dalam usaha mempertingkat kualiti graduan dari aspek kebolehpasaran.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, pembentukan majlis itu adalah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengamalkan konsep kerjasama akademia-industri.

“Majlis yang dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan pihak industri ini berperanan sebagai pembimbing dan penasihat kepada pelaksanaan program dan aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan kebolehpasaran graduan termasuklah program dan aktiviti yang berteraskan keusahawanan,” katanya ketika berucap pada Penyerahan Watikah Pelantikan kepada ahli-ahli majlis, baru-baru ini.

Beliau turut menyuarakan harapan agar Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan UMS dapat memberi pandangan dan nasihat berkenaan hala tuju atau dasar pembangunan kerjaya pelajar dan keusahawanan pelajar di UMS dan negeri Sabah.

“Di samping itu, berbekalkan pengalaman dan pengetahuan ahli di dalam bidang masing-masing, adalah menjadi harapan universiti agar para bakal graduan dapat didedahkan dengan aktiviti berimpak tinggi yang selari dengan keperluan industri masa kini,” katanya.

Pada program itu, seramai tujuh ahli majlis yang dilantik menerima watikah pelantikan yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa.

Mereka ialah Pengurus Eco Yap Farm, Prof. Adjung Datuk Yap Yun Fook bagi kluster Pertanian dan Perladangan; Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Dr. Ahmad Sade (Perikanan dan Akuakultur); dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sabah, Datuk Ag. Buhtamam Ag Mahmum (IKS / Industri Makanan).

Turut dilantik Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan, Stephen Sampil (Perindustrian); Pengarah Urusan Sofield Petroleum Sdn Bhd, Dato’ Suhaili Abdul Rahman (Minyak dan Gas); Pengurus Besar, Lembaga Pelancongan Sabah, Suzaini Datuk Abdul Ghani (Pelancongan); dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah, Datuk Maisuri Basri bagi Kluster Logistik.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali; Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni, Prof Madya Dr Lai Yew Meng; dan Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.