FPSK, UMS SUMBANG KABIN BLOK KLINIKAL KEPADA HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN

ISNIN, 22 APRIL – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyerahkan kabin blok klinikal kepada Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) pada majlis ringkas yang berlangsung di hospital tersebut baru-baru ini.

Blok klinikal tersebut telah diserahkan oleh Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Safree Jeffree kepada Pengarah HDOK, Dr. Francis Paul.

Prof. Dr. Safree dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak HDOK yang telah banyak membantu UMS khususnya FPSK sepanjang penempatan pelajar perubatan UMS di situ.

“FPSK akan terus bekerjasama dengan HDOK dalam bidang penyelidikan dan program pascasiswazah FPSK, UMS,” katanya.

Sementara itu, Dr. Francis turut menghargai UMS yang sudi menyumbangkan kabin tersebut kepada pihak hospital.

“Kabin tersebut akan digunakan oleh pihak hospital untuk penganjuran kursus kepada kakitangan hospital dan hospital juga dapat menggunakan kabin tersebut untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat di Sandakan,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Undang-undang Kanan UMS, Awang Suhaizam Bungso dan Timbalan Bendahari Kanan UMS Mohamad Edrus Othman.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.