Larian Jubli Perak FPP Semarak Sambutan 25 Tahun UMS

ISNIN, 22 APRIL - Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Psikologi dan Pendidikan (PERMAPS) sesi 2018/2019 menganjurkan Larian Jubli Perak pada Sabtu sempena pengisian bagi meraikan sambutan 25 Tahun UMS pada tahun ini.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPP UMS,  Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata,  program yang julung kalinya diadakan itu juga bagi meningkatkan semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim antara warga FPP, dan UMS secara keseluruhannya dengan alumni dan masyarakat setempat.

“Acara ini melibatkan jarak sejauh 5KM dan 10KM yang menyaksikan setiap peserta bagi kategori masing-masing memulakan larian di Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UMS, dan berlari di sekitar kampus sebelum kembali semula ke padang kawad bagi menamatkan larian.

“Seramai 178 peserta yang terdiri daripada pelajar, kakitangan UMS, Alumni FPP dan masyarakat setempat telah mengambil bahagian bagi merebut empat kategori yang dipertandingkan iaitu 5KM lelaki dan wanita, 10KM lelaki dan wanita,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada acara itu menyaksikan Faizal Ajaz unggul sebagai johan bagi kategori lelaki 5KM, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Hasrin Herman dan Mohd Nurelzaretiqie Madah.

Juara bagi kategori wanita 5KM pula menjadi milik Faeziah Mahali yang berjaya menewaskan pesaing terdekat Evergreen Edward di tempat kedua sebelum disusuli Benrnadd Thein di tempat ketiga.

Dalam kategori lelaki 10KM pula, Kelvin Keneil nyata sukar untuk ditandingi apabila terus gagah melangkah hingga ke garisan penamat untuk dinobatkan sebagai juara sekali gus mengecewakan Su Hao Ren yang terpaksa akur untuk berada di tempat kedua. Manakala, tempat ketiga dimiliki oleh Jerry J.

Michelle Gollip pula berjaya mengungguli jarak larian yang sama untuk kategori wanita menewaskan Christine Julius ditempat kedua dan Jamneh Sulid di tempat ketiga.

Bagi kategori 5KM johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM150, RM100 dan RM50 beserta medal dan sijil.

Johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua kategori bagi jarak larian 10KM masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, RM150 dan RM100 beserta medal dan sijil.

Majlis pelepasan larian dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Dekan FPP UMS, Prof. Dr. Ismail Ibrahim mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Bertemakan “We Are Proud of You”, Larian Jubli Perak itu turut dijayakan oleh pelbagai pihak termasuk pihak penaja dari FPP Rehab & Fitness Centre, Alumni FPP, F&N, Seoul Garden, Grand Borneo, Le Meridien, AVON dan Golden Screen Cinemas serta sumbangan daripada orang perseorangan.

Hadir sama Presiden PERMAPS, Hafizan Irwan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.