200 Pelajar B40 UMS Terima Bantuan Bernilai RM40,000

KHAMIS, 24 OKTOBER - Seramai 200 pelajar tahun pertama B40 Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima bantuan bernilai RM40,000 yang diperuntukkan melalui Tabung Kebajikan Pelajar.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, kesemua pelajar masing-masing menerima wang RM200 seorang.

“Dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar baharu B40 untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun pertama di UMS,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Pelajar B40 Tahun Pertama di Anjung Siswa UMS.

Penyampaian bantuan disempurnakan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah merangkap Penasihat Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.

Menurut Prof. Datuk Dr. Taufiq, UMS sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga dan tidak diabaikan.

“Pelajar yang mempunyai masalah seperti kewangan, keluarga, pelajaran atau masalah lain diminta berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal pelajar untuk mendapatkan maklumat bantuan kebajikan yang boleh dipohon,” ujarnya.

Pada majlis itu, Toh Puan Hajah Norlidah turut menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 daripada Yayasan Nur Jauhar kepada Tabung Kebajikan Pelajar UMS.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan UMS, Datin Hajah Nur Laila Hj Said dan Pegawai-pegawai Utama UMS.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.