FPSK UMS Tanam 25 Pokok Rai Sambutan Ulang Tahun Ke-25 UMS

SELASA, 22 OKTOBER - Jabatan Perubatan Komuniti dan Keluarga (CFM) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan aktiviti menanam pokok di sekitar fakulti tersebut sebagai meraikan sambutan ulang tahun UMS ke-25 pada tahun ini.

Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Jaringan Masyarakat FPSK, Dr Yeap Boon Tat, aktiviti murni Ecocampus FPSK itu adalah bertepatan masanya dengan sambutan Jubli Perak UMS.

“Di samping keperluan untuk memeriahkan sambutan ulang tahun ke 25 UMS, warga FPSK tekad untuk menabur bakti kepada tanah dengan menanam 25 pokok buah-buahan yang beraneka jenis, antaranya termasuklah anak pokok Durian King, nangka, rambutan, pomelo dan raja manga.

“Para pelajar yang menanam pokok buah-buahan tersebut akan bersama-sama membantu dalam menjaga kesuburan pokok yang ditanam dan mereka akan menikmati hasil tanaman sendiri setelah berbuah,” katanya.

Ujar Dr. Yeap, penglibatan pelajar FPSK untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti tersebut adalah penting sebagai menanam sifat kebertanggungjawaban, disiplin dan semangat ‘sense of belonging’ setiap pelajar kepada fakulti.

“Pihak FPSK juga amat berterima kasih kepada Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin,  atas sokongan yang diberikan kepada pihak fakulti untuk menjayakan acara ini,” kata Dr Yeap.

Aktiviti yang berlangsung di perkarangan bangunan FPSK itu melibatkan 25 orang pelajar perubatan dan kejururawatan yang menanam satu pokok setiap seorang.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.