ISNIN, 16 NOVEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang meniti kecemerlangan menerusi pencapaian membanggakan sejak akhir-akhir ini dengan memenangi beberapa anugerah yang membanggakan di pameran dan majlis anugerah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Terbaru, UMS memenangi anugerah Best Career Development Centre Universiti Awam pada majlis Malaysia’s 100 Leading Graduate Employer Awards 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi UMS memenangi anugerah tersebut.
“Kita telah berusaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan UMS dengan menganjurkan pelbagai pameran kerjaya serta hubungan baik dengan industri dalam menyediakan keperluan graduan kita menjalani latihan industri,” jelas Datuk Harun menerusi laman rasmi Facebooknya.
Menurut Pengarah Pusat Hubungan Industri (PHI) UMS, Prof. Madya Dr. How Siew Eng, kejayaan ini memberikan keyakinan kepada fakulti bahawa graduan UMS dapat memenuhi keperluan sumber manusia yang diperlukan pihak industri.
“Fokus yang dijalankan oleh PHI sekarang ini ialah membina hubungan yang lestari bersama pihak industri. Ini termasuk juga aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” kata Dr. How selepas menerima anugerah tersebut.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Malaysian Talent Development-Graduate Employability Unit, Talent Corporation, Puan Siti Norliza Mohd Sahar.
“Kemenangan yang diraih pada hari ini juga merupakan hasil tinjauan dari GTI Media dan penglibatan dalam program bersama Talent Corporation Berhad,” jelas Dr. How lagi.
Kejayaan yang disandang UMS turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menerusi laman Facebook dan Twitternya.- CD



ISNIN, 16 NOVEMBER - Selepas menjuarai Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2015, kali ini Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) sekali lagi menjulang kejuaraan menerusi Kejohanan Futsal Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, kelmarin.
JUMAAT, 13 NOVEMBER - Mantan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Abdullah Hj. Mohd Said diraikan dalam satu majlis Apresiasi yang berlangsung di The Klagan Regency, 1Borneo, semalam.
JUMAAT, 13 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghantar sembilan pelajar termasuk dua pelajar antarabangsa bagi menyertai Asean Forward: Soaring to A Greater Height yang berlangsung di Universiti Malaya, baru-baru ini.
KHAMIS, 12 NOVEMBER – Majlis Serah Tugas Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lt. Kol. (K) Datuk Hj. Abdullah Hj. Mohd Said telah berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori baru-baru ini.