Turut hadir Timbalannya, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal; Pegawai Perubatan 16 RAMD, Kapten Dr Nur Suhana Zainal Adzman dan Pegawai Tadbir, Kapten Muhammad Dzakaria Mohd Dzahar.
Dr. Murnizam berkata, pihak universiti sedia menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan 16 RAMD dalam menjayakan pelbagai program terutama yang membabitkan pelajar UMS Labuan.
Beliau berkata, UMSKAL melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) sering mengadakan program yang membabitkan jabatan dan agensi kerajaan, sekolah rendah dan menengah, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.
Oleh itu, beliau mengalu-alukan kehadiran pegawai dan anggota 16 RAMD untuk mengadakan aktiviti ketenteraan seperti pertunjukan tempur tanpa senjata dan demonstrasi memasak untuk menarik minat pelajar menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dr. Murnizam juga mempelawa anggota 16 RAMD untuk menjayakan program Tamu Gadang UMSKAL yang bakal diadakan pada November depan. –SS
Sumber: Azri Onn



KHAMIS, 27 OGOS - Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik menerima kunjungan hormat Pegawai Memerintah 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Feriland, Tanjung Aru, Leftenan Kolonel Mohd Balkhishah Baharuddin di pejabatnya, kelmarin.
RABU, 26 OGOS - Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 terus diperkukuh dalam masa terdekat dibawah penyelarasan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.
RABU, 26 OGOS - Seramai 159 peserta menyertai Simposium Polis Bantuan Zon Sabah yang berakhir hari ini di Auditorium Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
SELASA, 25 OGOS – Program Muzik, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa para penggiat seni muzik tempatan untuk menyertai Pertandingan Gema Cipta UMS 2015.
SELASA,25 OGOS - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mengadakan Seminar Antarabangsa Hutan Tropika (Penderiaan Jauh) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.