SELASA, 23 JUN - Seramai 37 Pensyarah baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai fakulti mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran yang dianjurkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS baru-baru ini.Kursus yang berlangsung selama dua minggu itu bertujuan untuk memperkasakan kesediaan para pensyarah dalam pengajaran mereka di samping memastikan tahap pembelajaran para pelajar UMS sentiasa berada pada tingkat yang maksima.
Dalam sesi penyelidikan, penceramahnya, Prof. Dr. Felix Tongkul yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi menekankan mengenai peri pentingnya sumbangan para pensyarah dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menurut beliau, pensyarah bukan hanya bertanggungjawab menyampaikan pengajaran kepada para pelajar sahaja, malah mempunyai obligasi sosial terhadap pembangunan masyarakat keseluruhannya.
Sehubungan itu katanya, para pensyarah perlu proaktif dan sentiasa melakukan penyelidikan mengikut bidang masing-masing. –SS
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Jakaria Dasan



MONDAY, 22 JUNE – A university level workshop on Malaysian Biosafety Act 2007 (Act 678) was recently organised by the Biotechnology Research Institute (IPB) of Universiti Malaysia Sabah (UMS) in association with the Biosafety Department, Ministry of Natural Resources and Environment (NRE) Malaysia, Centre for Research and Innovation UMS, Institutional Biosafety Committee (IBC) UMS and Centre for Occupations Safety and Health UMS.

