ISNIN, 23 SEPTEMBER - Pasukan Robotik Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai pemenang tempat ketiga pada kejohanan University Robot Competitions: Kingdom of Champions (U-ROCK 2019) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di Arau, Perlis pada 21 – 22 September 2019.
Pasukan UMS telah memberikan saingan sengit terhadap 28 pasukan yang bertanding sekali gus berjaya meraih hadiah berupa wang RM1,500, piala dan sijil penyertaan.
Kejayaan tersebut diterjemahkan oleh pelajar tahun 2 Fakulti Kejuruteraan yang dibarisi oleh Tiong Lin Rui, Ong Tun Yau, Nur Faeza Farhana Anggu, Mohd Nur Syafiq Noor, Rahmat Hidayat Arifai, Lee Kin Wai, Soh Chia Seng dan Stanley Ka.
Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian yang disifatkannya amat memberangsangkan apatah lagi ia merupakan penyertaan buat julung kalinya dalam pertandingan tersebut.
“Kejayaan ini sudah pasti memberi dorongan dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meraih pelbagai kejayaan lain pada masa akan datang.
“Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar serta Penyelaras Projek, Prof. Madya Ir. Dr. Muralindran Mariappan dan Pengurus Pasukan, Dr. Khong Wei Leong atas usaha dan tungkus-lumus bagi menzahirkan pencapaian yang membanggakan ini,” katanya.
Kejohanan selama dua hari itu itu menyaksikan pasukan UNIMAP A dan UNIMAP B masing-masing muncul sebagai johan dan naib johan.



RABU, 25 SEPT - Pusat Pengurusan EcoCampus (EcoCampus) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil langkah proaktif mengatasi masalah pencemaran plastik dengan menggunakan cara Kitar Semula Tambah Nilai dalam menyahut tuntutan model Ekonomi Pekeliling.
RABU, 25 SEPT - REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited (RESPOL) menganjurkan bengkel kerjaya untuk pelajar-pelajar tahun akhir dan tahun pertama jurusan kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat kali ketiga, kelmarin.
SELASA, 24 SEPTEMBER – Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) cemerlang dalam penyertaan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor apabila reka cipta mereka berjaya merangkul lima emas, lima perak dan dua gangsa.
SELASA, 24 SEPTEMBER - Anggota Keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertugas di kawasan luar bangunan sekitar kampus UMS dibekalkan Topeng N95 khusus bagi pencegahan jerebu sebagai langkah keselamatan bagi menghadapi cuaca berjerebu tidak sihat yang melanda udara di kawasan Kota Kinabalu pada ketika ini.