RABU, 29 MEI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kerjaya dan Alumni (PKA) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan Alumni bersama Anak Yatim Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (Mawis) bertempat di Hotel Horizon, baru-baru ini.
Majlis tersebut bertujuan meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada para penghuni Mawis di samping mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan rakan-rakan alumni UMS.
Pengarah PKA, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng berkata, PKA bersama-sama dengan alumni UMS mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Iftar Ramadan seumpama itu setiap tahun bagi meraikan kemeriahan Ramadan bersama anak-anak yatim Mawis.
“Selain dapat menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan derma, program seumpama ini juga diharap dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim di samping dapat mendekatkan jurang antara anak yatim dan orang ramai.
“Saya amat berharap dengan sokongan semua pihak, kita dapat membantu jika tidak semua anak-anak ini, setidak-tidaknya menyokong mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan,” tambahnya lagi.
Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Hajah Nurlaila Said yang juga merupakan alumni UMS; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kamisah Husin serta Pengetua Mawis, Sakinah Yusof.



RABU, 29 MEI- Nasib keluarga salah seorang alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Norellyana Rubaui yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran baru-baru ini di Kampung Sungai Gading Batu 15, mendapat perhatian UMS melalui Pusat Kerjaya dan Alumni untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
SELASA, 28 Mei – Seramai 76 kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menerima kenaikan pangkat, diraikan dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik Tahun 2019 di Galeri Majlis petang tadi.
JUMAAT, 24 MEI: Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj. Juhar Datuk Hj. Mahirruddin dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah buat kali ketiga.
ISNIN, 27 MEI - Alumni Fakulti Psikologi dan Pendidikan (AFPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Majlis Iftar Ukhwah AFPP di Hotel Grand Boneo, di sini, baru-baru ini.