SELASA, 22 SEPTEMBER - Lembaga Program Pengkhususan dalam Penyalahgunaan Alkohol dan Dadah (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah komited dalam membantu golongan belia yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Menurut penyelaras Program SPADA UMS, Dr. Noor Hassline Mohamed, ahli lembaga SPADA akan berusaha dan bersedia menyalurkan kepakaran bagi membantu golongan belia dalam mengatasi isu penyalahgunaan dadah melalui pendekatan kepakaran masing-masing yang terdiri daripada pakar kaunseling, psikologi (klinikal, industri, sosial dan pendidikan) dan psikiatri.
“Melalui pendekatan kepakaran pelbagai disiplin ini, ia dapat dilihat sebagai salah satu usaha UMS dalam membantu golongan penagih dan belia yang terlibat dalam penagihan dadah dan bahan terlarang khususnya di Sabah,” katanya.
Tambah Dr. Noor Hassline, sebuah perbincangan bersama AADK, Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS telah diadakan dan kerjasama dengan pihak-pihak tersebut mampu menangani cabaran dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol disamping memberikan penekanan kepada strategi kearah kebaikan kehidupan masyarakat.
“Antara intipati yang dibincangkan adalah pengoperasian Klinik SPADA di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) di bawah AADK Negeri Sabah, Program Keluarga Angkat bersama anggota keluarga penagih dadah, program kerjaya dan komuniti di kalangan bekas penagih dadah, beberapa program dan aktiviti lain seperti webinar, sijil kemahiran menolong, serta penempatan pelajar SPADA dalam pratikum dan latihan industri di AADK.
“Program Keluarga Angkat dan pendekatan berkonsepkan ‘Modul Keluarga Bahagia’ yang telah dibangunkan oleh Profesor Dr. Mohd Dahlan Hj A. Malek bersama ahli penyelidik FPP UMS ini berkesan dalam mengenalpasti punca dan kesan dadah kepada individu, masyarakat dan negara,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah PKLM UMS, Dr Jakaria Dasan berkata bantuan kepakaran daripada pihak akademik, agensi kerajaan dan belia mampu menyokong penubuhan University for Society (U4S) yang bertujuan untuk membantu para belia menjadi usahawan.
“Pihak-pihak ini akan menyediakan beberapa produk untuk diberikan kepada golongan belia bagi menjana sumber pendapatan kendiri dan ini boleh diselaraskan juga kepada golongan belia yang di dalam proses pemulihan ketagihan.
“Diharapkan melalui kerjasama dan gabungan seperti ini, SPADA UMS akan dapat bersama-sama bergerak dalam satu pasukan untuk memerangi penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat di Sabah khususnya dan Malaysia amnya,” katanya.



KHAMIS, 17 SEPTEMBER - Buat julung kalinya Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah menganjurkan Mini Konvensyen Hari Pentadbir Universiti Awam 2020 peringkat universiti di Galeri Aras 3, Bangunan Canselori.
JUMAAT, 28 OGOS - Sebagai menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengedarkan jalur gemilang dan bendera Sabah kepada seluruh warga UMS.
JUMAAT, 28 OGOS - Kampus Kita FM ‘Suara Ilmiah Bestari’ menjadi wadah rasmi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam menyalurkan informasi berkaitan perubatan dan kesihatan kepada masyarakat.
THURSDAY, 27 AUGUST – A six member delegation representing Azman Hashim-UMS Gallery (GAH) of Universiti Malaysia Sabah (UMS) made a 3-day Working Visit to the World Culture Organisation (WCO), National Art Gallery in Kuala Lumpur, Bangkita Ceramic Studio, HOM Art Trans and the Islamic Arts Museum Malaysia as part of their itinerary with strategic partners in Malaysia.