Prof. Dr. Mohd. Sahlan Mohd Saman Kembali Ke Rahmatullah

prof sahlanSELASA, 01 APRIL - Warga UMS dipelawa untuk menyumbang derma ikhlas kepada waris pensyarah Sekolah Pengajian Seni, Allahyarham Prof. Dr. Mohd. Sahlan Mohd Saman.

Sumbangan derma tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Media dan Citra, Aras 1 dan 5 Jabatan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Allahyarham ditemui dalam keadaan kaku oleh rakan sekerja  di pangsapuri kediamannya  dekat Menggatal semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas; pemergiannya telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dilahirkan pada 03 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor; Allahyarham turut dikenali sebagai penulis esei dan pengkritik dunia kesusasteraan Malaysia. Allahyarham juga menguasai ilmu sastera bandingan, iaitu satu-satunya bidang pengajian yang sedang giat diajar dan dipelajari di pusat-pusat pengajian tinggi negara. –SS

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
 
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.