Kakitangan dan Pelajar Sepadu Jayakan Gotong-Royong Perdana

gotong royong perdanaISNIN, 24 MAC – Majlis Gotong-royong Perdana Peringkat Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan bagi membersihkan kawasan Kolej Kediaman AB, CD, E dan USIA baru-baru ini.

Aktiviti gotong-royong itu melibatkan kesemua penghuni kolej termasuk pelajar dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP).

Aktiviti dimulakan dengan acara pemanasan badan melalui senamrobik bertempat di Dewan Serbaguna Kolej CD. 

Pelajar dan staf kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan laluan pintu masuk kolej, menanam pokok bunga, membersihkan blok kediaman pelajar serta dewan serbaguna kolej. 

Siswa siswi turut mengecat beberapa kawasan seperti bahagian tempat letak kenderaan serta bulatan dan tembok kolej kediaman. Pemeriksaan kesihatan oleh mahasiswa Sekolah Perubatan (SPU) juga diadakan dengan menyaksikan lebih 800 pelajar telah mendapatkan perkhidmatan yang dibuka pada pagi hingga tengahari itu.

Aktiviti tersebut dijayakan lagi dengan penglibatan sama Naib Canselor, Prof. Datuk  Dr. Mohd. Harun Abdullah. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim. Hj. Md. Mansur. –SS

 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Sumber: Kolej CD

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.