UMS Didik Masyarakat Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

ecocampus rangersRABU, 12 NOVEMBER - Inisiatif Pusat Pengurusan EcoCampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak terhad kepada program melibatkan pembangunan mampan kampus universiti, tetapi juga turut menekankan aspek pendidikan terhadap amalan kelestarian alam sekitar kepada masyarakat awam.
 
Justeru, Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2014 baru-baru ini turut menjadi medan pusat itu dalam mendidik masyarakat berhubung pemeliharaan alam sekitar.
 
‘EcoCampus Rangers’ iaitu kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada  40 ahli misalnya telah bertindakmemantau pengurusan sisa organik dan bukan organik di sekitar kawasan UMS Kampus Cawangan Sandakan melalui kerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakanbagi mengurangkan lambakan sampah sarap sepanjang program tersebut.
 
Kumpulan sukarelawan ini mengutipbahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti tin minuman, botol plastik dan botol kaca di setiap gerai, selain mengutip sisa – sisa organik yang kemudiannya dihantar ke tapak kompos Fakulti Pertanian Lestari untuk dijadikan baja.
 
Penduduk yang hadir pada program tersebut turut berpeluang mendalami amalan berkonsepkan lestari dalam menguruskan sumber seperti air dan elektrik melalui perkongsian ilmu oleh ahli-ahli EcoCampus Rangers, selain mengetahui tentang pembuatan kompos dengan sisa-sisa makanan mudah dan murah.
 
Pengarah Pihak Pengurusan EcoCampus, Dr Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul turut memuji inisiatif dari kumpulan sukarelawan terhadap aktiviti penjagaan dan pendidikan alam sekitar kepada orang awam, dan berharap agar inisiatif sebegini berterusan dalam program-program melibatkan pengurusan sisa pada masa akan datang.
 
Sumber: Shahida Mohd Sharif, FPL


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.