Menghayati Istimewa Ibadah Umrah

wacana umrahRABU,  11 DISEMBER - Saban tahun Tanah Suci Makkah tidak putus menerima tetamu dalam kalangan umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ibadah haji dan umrah merupakan salah satu ibadah yang mempunyai keunikan tersendiri sehingga menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam untuk mengerjakannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
 
Justeru, wacana ilmu Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid  (UHEIM) pada minggu ini mengupas isu mengenai ibadah umrah, terutama berkenaan rukun-rukun dan fadilat mengerjakan umrah. Ceramah bertajuk ‘Penghayatan Umrah’ tersebut telah disampaikan oleh pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Ustazah Dg. Hafizah Ag. Basil yang juga merupakan salah seorang pembimbing ibadah haji dari Sabah.
 
Dalam ceramahnya beliau menjelaskan bahawa ibadah umrah haruslah dikerjakan dengan niat untuk beribadah kerana Allah s.w.t, dan bukannya hanya sekadar mahu melancong. Katanya ibadah umrah adalah panggilan kepada umat Islam sebagai tetamu Allah yang lahirnya dari hati bukan disebabkan oleh masa dan kewangan semata-mata.
 
Beliau turut menerangkan jenis-jenis umrah, adab sebelum dan semasa berada di Madinah Al Munauwarah, dan kelebihan menunaikan solat di masjid-masjid di Madinah, terutamanya di Masjid Nabawi. Selain itu, Ustazah Dg. Hafizah turut menerangkan tentang pemakaian pakaian Ihram bagi umat Islam yang mengerjakan umrah, serta larangan dalam masa Ihram.
 
Lebih 40 peserta telah hadir bagi sesi wacana ilmu tersebut, termasuk beberapa peserta yang bakal berlepas ke Tanah Suci Makkah pada 27 Disember ini untuk mengerjakan ibadah umrah. Siri pertama wacana ilmu ‘Penghayatan Umrah’ ini lebih menjurus kepada perkongsian ilmu tentang umrah secara umum, manakala perkongsian ilmu ibadah secara praktikal dijangka akan diadakan pada siri kedua wacana ilmu pada minggu hadapan. -SM-


Bahagian Media
Jabatan Canselori
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.