Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2023 bermula 1 Disember 2023 .
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2023 untuk rujukan bersama.
 
Sekian, harap maklum.
 
Pegawai dihubungi:
 
Pn. Carrie Grace Jaymess (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Akademik - Pn. Sabiah Bansai (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pentadbiran - Pn. Linda Shirley Michael (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Universiti Malaysia Sabah mempelawa syarikat insurans untuk mengikuti taklimat khas bagi Tawaran Perkhidmatan Perlindungan Insurans Insurans Perubatan kepada Kakitangan Universiti Malaysia Sabah dan Tanggungan.

Sila Imbas Kod QR untuk Pendaftaran. Tarikh Tutup Pendaftaran adalah pada 31 Disember 2023.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) menyeru seluruh warga UMS untuk menyertai Anugerah Harta Intelek Negara 2024 (AHIN2024), anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024 - HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI
MyIPO dengan bangganya mengumumkan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena Hari Harta Intelek Negara yang akan diadakan pada 26 April 2024!
Jika anda memiliki karya, rekacipta atau inovasi yang hebat, ini adalah peluang anda untuk bersinar! Anugerah berprestij berikut menanti anda:
🏆 Pembangunan Lestari Harta Intelek Terbaik
🏆 Teknologi Hijau dan Alam Sekitar
🏆 Karya Lestari
🏆 Milenial (Pelajar Institut Kemahiran atau Setaraf)
🏆 Permata Cilik (Pelajar Sekolah Menengah)
Penyertaan kini dibuka kepada pemilik dan inovator di Malaysia! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2024 (Jumaat), 5.00 petang.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Mari bersama-sama merayakan daya cipta negara dalam arena Harta Intelek! 🏅🇲🇾
#AHIN2024 #HHIN2024 #HariHartaIntelekNegara #BersamaMyIPO #MyIPOdihati #IPdihati #IP2U #MalaysiaMadani #HartaIntelek
 

 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Sukacitanya Pusat Islam mewakili pihak Universiti Malaysia Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang menyumbang kepada bantuan zakat pelajar asnaf UMS antaranya Lembaga Tabung Haji (TH), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Maybank, Ambank, Prudential BSN, eTIQA, Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan (SPPK), dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
 
Semoga agihan sumbangan zakat ini mampu meringankan bebanan pelajar dan membantu membangunkan taraf ekonomi asnaf UMS
 
#zakatmembawaberkat
#membangunbersamaasnaf
#UMSShare