Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK TERANCANG OLEH JABATAN AIR NEGERI SABAH DI KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PADA 6HB DISEMBER 2023
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.                 Untuk makluman pihak YBhg.Datuk/Datin, Prof/Dr, Tuan/Puan, terdapat gangguan bekalan air tidak terancang di kampus induk UMS kerana didapati Tangki R13 (milik JANS) dan Tangki UMS berada pada paras 0 meter sejak pagi ini.
 
3.                 Pihak kami sedang cuba berhubung dengan Jabatan Ari Negeri Sabah untuk memohon memulihkan bekalan air ini. Justeru, tempoh gangguan ini tidak dapat di tetapkan sehingga maklumbalas diterima daripada Jabatan Air Negeri Sabah.
 
4.                 Sehubungan dengan itu, mohon agar YBhg.Datuk/Datin, Prof/Dr., Tuan/Puan untuk menggunakan air dengan berhemah dan mengambil langkah-langkah alternatif sebagai persediaan menghadapi tempoh gangguan bekalan air yang tidak menentu ini.
 
5.                 Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas, sila berhubung dengan Ir . Ts. Dr Asrul Affendy Hj Ismail , Ketua Sektor Mekanikal , jabatan pembangunan dan penyelenggaraan di talian 012-8859897 . 
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 
Sekian, terima kasih.
 
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS.

 

Announcement From: Faculty of Social Science & Humanities

 

Greetings from ISSK 2023!
 
You are cordially invited to join us from 6th to 7th December 2023! 🔊🔊
 
The Faculty of Social Science & Humanities, in collaboration with the ISSK Committee, cordially invites you to join the Regional Symposium on Social Sciences and Humanities Issues (ISSK 2023) on the 6th - 7th December 2023.
 
*Theme: “POST-PANDEMIC: CHALLENGES, OPPORTUNITIES,
AND THE FUTURE"*📡
 
*Kindly share this call with your colleagues and acquaintances. Thank you.
 
Webex Link: https://rb.gy/osmk0p 
 
Abstract & Program Book: https://rb.gy/qinu38 
 
See you at ISSK 2023! ✨
 
Best regards,
ISSK 2023 Secretariat

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Sukacita dimaklumkan bahawa UMS dengan kerjasama Talentbank akan melaksanakan program pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 9 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 04.00 petang
Lokasi : DKP 21, Kompleks Dewan Kuliah UMS
 
Sehubungan itu, pihak UMS ingin memohon jasa baik YBrs Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghebahkan jemputan dan maklumat program ini kepada pelajar dan graduan yang bakal menjalani latihan industri dan sedang mencari pekerjaan di fakulti/universiti masing-masing.
 
Maklumat lanjut mengenai program boleh dirujuk di pautan:

 

Pengumuman Daripada:  Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS

 

Salam sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
🌟 ATASI KESAKITAN DENGAN MESIN PAIN BOT! 🤖💆‍♂️
 
Adakah anda bosan hidup dengan kesakitan dan kelenguhan yang berterusan? Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HUMS  memperkenalkan "Pain-Bot Machine" dengan teknologi terkini 4-dalam-1 fungsi Pemeriksaan dan Rawatan yang direka untuk memberikan kelegaan luar biasa!
 
🔍 TEKNOLOGI PENGESANAN KESAKITAN
Ketahui lokasi dan punca sebenar ketidakselesaan anda untuk pelan rawatan yang lebih holistik dan berkesan.
 
🧠 PENGUKURAN KESAKITAN BERASASKAN AI
Penilaian kesakitan yang dikuasakan oleh Artificial Intelligence. Alami ketepatan dan kecekapan mesin Pain-Bot dalam mengukur kadar kesakitan dengan objektif dalam memastikan pendekatan rawatan yang bersesuaian untuk pemulihan anda.
 
⚡ TERAPI TENS 182Hz & 🔊 ULTRASOUND TERAPEUTIK 1MHz
Tangani kesakitan dengan probe mudah alih Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) & Ultrasound Terapeutik yang menawarkan gelombang kelegaan yang menenangkan. Rasakan ketegangan dan kesakitan lenyap dari leher, bahu, bahagian atas dan bawah belakang, atau kawasan yang terjejas lain.
 
📅 Tawaran Terhad – Hingga 31 Disember 2023 Sahaja!
Jangan lepaskan! Promosi eksklusif ini terbuka kepada semua klien PRR sedia ada dan klien baru.
 
📋 Cara Tempahan Temujanji Anda:
🖱️ Isi borang ini: https://forms.office.com/r/txKLz61udb 
📷 Atau imbas kod QR untuk tempahan yang pantas dan mudah.
 
Terma & Syarat Dikenakan
 
Sekian, 
Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HUMS