Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Penerbit UMS dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah akan menganjurkan Pesta Buku UMS 2023 pada 09-13 Oktober 2023 bertempat di Perpustakaan UMS.
 
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk:
⭐ Pameran dan jualan buku
⭐ Bicara buku
⭐ Ekspo ICT
⭐ Pemeriksaan kesihatan
⭐ Kaunseling dan tips pemakanan sihat
⭐ Gerai minuman dan makanan
 
Semua diundang hadir. Jumpa anda disana.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Komunikasi Korporat (PKK) telah dilantik sebagai Jawatankuasa Protokol, Sambutan dan Media sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah Kali Ke-25 dalam persediaan mengeluarkan surat-surat jemputan, pelantikan ahli Jawatankuasa Protokol, jemputan media dan taklimat protokol.
 
Sehubungan itu, penyelarasan lawatan daripada pihak kami tidak dapat dikendalikan bermula 16 Oktober 2023 sehingga 15 Disember 2023 bagi memberi laluan persediaan majlis. Pihak pelawat boleh berhubung secara terus melalui pejabat atau kaunter tempat lawatan yang berkenaan dalam tempoh tersebut.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi Puan Azliah Ahmad, Pembantu Tadbir (P/O) di talian 088-320000 samb. 202000.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

PROGRAM MINGGU AKADEMIA UMS 6 OKTOBER 2023: 
      1] WEBINAR: FORUM AKADEMIA "A.I & AKADEMIA" 
             Tarikh: 6 Oktober 2023 (Jumaat)
        Masa: 9:00 pagi
             Kaedah : secara dalam talian          
 

      2]  WALK WITH ACADEMIA

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

Pusat Islam UMS dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth 2 berbesar hati mempelawa anda untuk mengambil bahagian dalam usaha membantu memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan dengan menyertai program derma darah yang akan dianjurkan pada 06 Oktober 2023 (Jumaat).