Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) akan melakukan kerja-kerja mengecat semula pintu gerbang di pintu masuk utama. Kerja-kerja yang terlibat adalah pemasangan perancah, kerja membersih dinding dan kubah serta kerja mengecat kemasan.

Pintu gerbang akan ditutup separuh untuk melancarkan kerja.

Justeru itu, dipohon semua warga universiti untuk berhati-hati, memperlahankan kenderaan dan mematuhi peraturan lalu lintas.

 

Sekian dan harap maklum. 

 

Tarikh Mula: 1 September 2023 

Tarikh Siap: 15 September 2023  

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan 'e-Sport: Mobile Legends’ akan diadakan sempena program DIGITAL UMS 2023.

 
📆  Tarikh Tutup Pendaftaran: 16 September 2023
 
📆  Tarikh Perlawanan: 10 Oktober – 21 Oktober 2023
 
📌  Terma dan Syarat: https://shorturl.at/oCGS0 5 orang dalam 1 kumpulan
 
📌  Perlawanan Dibuka untuk Staf dan Pelajar UMS sahaja
 
📌  Yuran Pendaftaran: RM 50 / kumpulan
 
📌  Pautan Pendaftaran: https://qr.codes/NAwGVT
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
 
📞 Daniel : 0168234596 (WhatsApp)
 
#digitalums2023
 
Yang menjalankan amanah,

AJK e-Sport DIGITAL UMS 2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Dialisis UMS- YKN

 

Program ini adalah inisiatif daripada Persatuan Kebajikan Hemodialisis UMS bagi memupuk budaya gaya hidup sihat dikalangan kakitangan dan orang awam.
 
Objektif  
# Mendapatkan dana kebajikan pesakit penerima rawatan dialisis di kalangan B40 dan tidak mampu membayar kos rawatan
# Memupuk kesedaran penjagaan buah pinggang
# Memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat sekitar.
 
Maklumat program adalah seperti berikut;
 
Tarikh     : 25 November 2023 (Sabtu)
Masa      : 6.30 pagi
Tempat   : Padang Kawad, UMS
Kategori  : 1) Larian 3KM (terbuka kepada semua peringkat umur)
                2) Larian 10KM (terbuka & veteran)
 
Setiap peserta akan mendapat sehelai T-shirt, medal dan sijil penyertaan.
 
Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi larian 10KM akan memenangi hadiah yang menarik.
 

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di talian 088320721