Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS melancarkan “Kempen Infak Dapur Rahmah” kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Selain itu juga, sumbangan ini digunakan untuk majlis berbuka puasa sunat Isnin dan Khamis, penyediaan makanan semasa minggu peperiksaan dan iftar Ramadan.
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.
 
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
• InfakPay Masjid UMS (Potongan Bulanan) : https://infaqpay.my/go/masjidums  
• BoostApp: https://myboost.app.link/Ddji516lLab  
• Akaun Tabung Amanah Masjid UMS (10052010004996 Bank Islam)
- Rujukan: DAPUR RAHMAH

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Selamat Maju Jaya kepada JAFPIB yang terlibat sempena Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 dan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 oleh pihak SIRIM QAS pada 11-14 September 2023 untuk hebahan laman sesawang UMS.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Nantikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) 2023 yang akan berlangsung pada 20 September 2023 (Rabu) di Bilik Seminar Pusat Islam UMS pada pukul 9.30 pagi.
Majlis ini juga akan bersiaran secara penstriman langsung di Facebook rasmi UMS.official dan YouTube UMSNets.