Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

YBrs. Datuk./Prof./Dr./Tuan/Puan., 

 

MAKLUMAN DARIPADA KPT: LARANGAN MENGGUNAKAN DANA KERAJAAN UNTUK MENERBITKAN DALAM TIGA PENERBIT ANTARABANGSA  

  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 
  2. Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) 
  3. Skim Geran Penyelidikan Strategik Translation Research (TR@M) 
  4. Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 
  5. Geran Kolaborasi Penyelidikan (GKP) 
  6. Semua Geran Tajaan Kerajaan 
  7. Semua Geran Dalaman UMS 

 

Dengan segala hormat surat daripada pihak JPT no. Rujukan: JPT.S(BPKI)2000/018 Jld. 10 (39) bertarikh 13 Julai 2023 berhubung perkara di atas adalah dirujuk. 

 

2.  Untuk makluman pihak YBrs. Datuk./Prof./Dr./Tuan/Puan, pihak Kementerian amat memandang serius tentang aspek integriti dan kewibawaan akademik dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan.  

 

3.   Justeru itu, pihak Kementerian tidak membenarkan Universiti Awam menggunakan peruntukan dana Kerajaan untuk sebarang penerbitan yang diterbitkan oleh tiga (3) penerbit iaitu Hindawi, Frontier dan MDPI berkuat kuasa serta merta. Pihak RMC menasihatkan agar setiap F/A/P/I dapat memainkan peranan dalam memantau isu-isu berkaitan kualiti penerbitan dengan lebih teliti pada masa yang akan datang. 

 

4.  Kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Datuk./Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian. 

 

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

Kidney Run for Charity 2023

🏃🏼‍♀️🏃🏻‍♂️🏃🏼‍♀️🏃🏻‍♂️🏃🏼‍♀️🏃🏻‍♂️🏃🏼‍♀️
 
Kidney Run for Charity 2023, inisiatif daripada Persatuan Kebajikan Hemodialisis UMS bagi memupuk budaya gaya hidup sihat dikalangan kakitangan dan orang awam.
Objektif 
 
🔸mendapatkan dana kebajikan pesakit penerima rawatan dialisis di kalangan B40 dan tidak mampu membayar kos rawatan
🔸memupuk kesedaran penjagaan buah pinggang
🔹memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat sekitar.
 
Maklumat program adalah seperti berikut;
Tarikh         : 25 November 2023 (Sabtu)
Masa           : 6.30 pagi
Tempat          : Padang Kawad, UMS
 
Kategori  : 1) Larian 3KM (terbuka kepada semua peringkat umur)
                2) Larian 10KM (terbuka & veteran)
 
Setiap peserta akan mendapat sehelai T-shirt dan sijil penyertaan.
 
Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi larian 10KM akan memenangi hadiah yang menarik.
 
Link pendaftaran: https://forms.gle/7XWmeGakWwpVREGq6
 

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di talian 088-320797

 

Pengumuman Daripada:  Fakulti Kejuruteraan 

 

 

Salam sejahtera, 

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 


Adalah dimaklumkan bahawa, pihak FKJ sedang menjalankan aktiviti Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan. 

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk mengisi borang kajian kepuasan pelanggan dipautan berikut: https://shorturl.at/alE06 atau dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster tersebut. 

Komen dan pendangan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan.  

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian.