Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

 

Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita untuk makluman YBrs. Prof., Pusat Jaminan Kualiti (CQA) akan mengadakan seminar seperti di atas bagi Tahun 2022. Seminar ini merupakan wadah yang disediakan untuk bertukar-tukar pandangan dalam kalangan peserta selain dapat memberi ruang kebersamaan dalam kalangan warga CQA sekaligus meningkatkan amalan kerja berpasukan. Seminar ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tema              : Cabaran Kelestarian Kreativiti dan Inovasi dalam Organisasi

Tarikh            : 8 November 2022 (Selasa)

Masa              : 9.00 pagi – 4.30 petang

Medium         : Secara dalam talian-Webex (https://bit.ly/3TJXhKY )

3. Sehubungan itu, CQA mempelawa kakitangan di seluruh JAFPIB sebagai pembentang di seminar tersebut untuk berkongsi berkaitan Kelestarian Kreativiti dan Inovasi di JAFPIB masing-masing. Bersama ini disertakan poster pelawaan untuk perhatian pihak Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Puan Farazillah Amin (016-5889636).

Perhatian dan kesudian serta kerjasama pihak Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai pelawaan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih. 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI)

 

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon program sangkutan CEO@Faculty 2.0 yang mana para akademia yang terpilih akan ditempatkan di organisasi CEO yang dilantik ke UMS melalui Program CEO@Faculty 1.0 “Learn from the Pros” untuk tempoh enam (6) bulan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendalami serta menerapkan ilmu-ilmu kepimpinan di peringkat universiti dikalangan staf akademik dan setaf pentadbiran dalam mempersiapkan diri sebagai pemimpin yang akan membantu dalam memperkasakan universiti serta bakal pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi universiti pada masa akan datang.

Objektif utama program CEO@Faculty 2.0 ini adalah untuk:

  1. Menyediakan platform pendedahan industri kepada staf akademik dan staf pentadbiran
  2. Memperoleh pengalaman dan pengetahuan secara bimbingan peribadi daripada CEO dan kepimpinan tertinggi syarikat sangkutan industri;
  3. Berperanan secara inklusif dan komprehensif di dalam memacu jalinan kolaborasi industri dan universiti yang berimpak tinggi; dan
  4. Menyebarluaskan pengalaman di industri dengan memupuk nilai etika kerja efisien kepada pensyarah lain serta memperkukuhkan budaya kerja di universiti ke arah kecemerlangan korporat.

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan melalui pautan: https://bit.ly/3sA3lJO

Tempoh Permohonan : 27 Oktober 2022 hingga 4 November 2022.

 

Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri

Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan, jika Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan menerima email seperti butiran di bawah adalah SAH daripada pihak teknikal SISTEM GOVERNMENT RESOURCE PLANNING (GRP 9.0). Sila gunakan maklumat tersebut dan menukar kepada kata laluan yang baru.