Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS

 

 

 

Jejak Alumni UMS melalui FB Live Pusat Alumni UMS kembali lagi!!

Jom ramai-ramai menyaksikan "LIVE" bersama Adrian Soidi 

pada 16 Jun 2021(Rabu) jam 10 pagi, Alumni UMS tahun 2009 daripada Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

 

Topik: Survival Seorang Graduan; Jurus BAKEMOLE

 

#stayconnected

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik, UMS

Dimaklumkan bahawa pihak BPA akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengemaskini Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB) susulan perpindahan pelajar ke Fakulti Pengajian Islam (FIS) serta ke Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)  pada ;-

Tarikh:     17 Jun 2021 (Khamis)

Masa:     8.00 pagi hingga 2.00 petang

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, semua akses ke Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB) akan di tutup.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah

 

LAMPIRAN: Mesyuarat Agung KESUMBA Kali Ke-24 (.pdf,.docx)

 

 

YBhg Prof/Dr/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-24 (MAT KESUMBA KALI KE-24)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-24 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh         :           16 Julai 2021 (Jumaat)

Masa           :           8.00 pagi-12.30 tengahari

Tempat       :         Secara maya menggunakan platform Webex (Link akan dikemukakan kemudian)

 

3. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang Penamaan Calon Exco Baru KESUMBA, dan borang cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Dk. Masniah Ag. Madaud (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 3 Julai 2021 (Sabtu). Dilampirkan bersama ini Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon untuk tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian dan terima kasih.