Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Warga kampus yang dihormati, JPP perlu membuat kerja-kerja penyelenggaraan landskap lembut “softscape” yang akan melibatkan  penebangan dan pemangkasan pokok-pokok mati atau reput dan condong di sepanjang Jalan Samudera (bermula dari Galeri Tan Sri Azman Hashim sehingga Tempat Letak Kereta IPMB) seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 25hb Jun 2021 (Jumaat) - 8hb Julai 2021 (Khamis)

Anggaran Tempoh: 2 minggu (8:00 PAGI- 4:00 petang)

Tujuan: Kerja-kerja penyelenggaraan landskap lembut (softscape), melibatkan penebangan pokok-pokok  yang dikhuatiri akan tumbang pada bila-bila masa bagi tujuan keselamatan.

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

 

SALAM KASIH & RAHMAH BUAT SEMUA BAKAL GRADUAN UMS TAHUN 2021!

Program yang dinanti-nantikan kini kembali dengan topik-topik menarik dan penceramah hebat!

Antara topik menarik yang akan dikongsikan:
| CAREER ROADMAP
| STRATEGI ‘JOB HUNTING’
| RESUME: KUIZ & TIPS
| YOUR PROFESSIONAL ONLINE PRESENCE WITH LINKEDIN
| ENGLISH COMMUNICATION SKILLS FOR INDUSTRY
| PELUANG KEUSAHAWANAN SELEPAS KONVO
| INTERVIEW: ETHICS & ATTIRE

Penyertaan adalah terbuka tetapi *WAJIB* bagi anda yang bakal konvo tahun 2021.
Kehadiran akan diambil & e-sijil penyertaan akan diberikan.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN Universiti Malaysia Sabah Special Funding Research Grant Scheme Sabah COVID19 Vaccination

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS ingin memaklumkan geran khas covid-19 iaitu Universiti Malaysia Sabah Special Funding Research Grant Scheme Sabah COVID19 Vaccination.

3. Sehubungan dengan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menyebar luas hebahan ini berhubung dengan geran khas covid-19 iaitu Universiti Malaysia Sabah Special Funding Research Grant Scheme Sabah COVID19 Vaccination kepada semua institusi di bawah seliaan pihak YBhg. Prof. Dato’ Dr./ Puan melalui maklumat rujukan seperti berikut;

 

Universiti Malaysia Sabah Special Funding Research Grant Scheme Sabah COVID19 Vaccination

BIL

PERKARA

BUTIRAN LANJUT

1

CALL FOR RESEARCH PROPOSALS

-Up to RM30,000 per grant, preference will be given to collaborative research that involves any combination of academic disciplines.

-The submission is through system SMPPPI and select call for the special proposal

2

Important DATES

 

Dates:

15th July 2021

4

Contact

 

Pn Molly Donna Awang Sham

Email:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No.Phone:

013-8846683

 

Cik Nooraini Abdul Ghaib  

Email:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No.Phone:

016-5829185

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat (PPDM), UMS

 

PPDM ingin memaklumkan bahawa permohonan data oleh JAFPIB kepada PPDM boleh dilakukan melalui sistem Data Warehouse UMS di pautan berikut : https://dwh.ums.edu.my.

Untuk keterangan lanjut, JAFPIB boleh menyemak Tatacara Permohonan Data dan Manual Pengguna Permohonan Data seperti berikut.